Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

FeeLinG High ToDay!

Posted by anakkawi on May 15, 2005

Seorang kawan mengingatkan aku untuk menjadi seorang yang terbaik, bukan sahaja bagus, tapi terbaik dalam kelasnya. Kita takkan dapat sesetengah perkara, tetapi sekurang2nya kita boleh dapatkan sebahagian darinya. Itulah erti hidup, memberi makna bukan sahaja pada diri sendiri tapi pada semua.

Jujur pada diri sendiri, aku sebenarnya sudah lama berhenti menulis. Bukan bermakna dulu aku seorang penulis, bahkan tidak pernah terlintas difikiranku untuk menjadi penulis. Tapi guru dan rakanku pernah mengatakan itulah bakatku, mencoretkan perkataan yang bermakna dan menjadi indah dengan sendirinya, sedang hakikatnya aku merasakan itulah perkataan yang paling buruk pernah kucoretkan. Bakat tanpa usaha tidak akan berkembang. Sedang usaha tanpa bakat memberi makna yang tersendiri. Ia takkan menjadi yang terbaik, tetapi sekurang2nya ia sungguh beerti. Salah aku sendiri alpa pada bakat sendiri. Bakat itu anugerah Tuhan, ia kelebihan pada diri tatkala mereka yang lain mengharapkan kebolehan kita. Maka bersyukurlah pada apa yang kita ada.

Kebaikan dan keburukan itu adalah sangat bertentangan. Seorang kawan mengingatkan, ‘jangan mencampurkan antara keburukan itu dalam kebaikan, kerana ia tak akan serasi.’ Pertama kali aku mendengarnya bagaikan satu pepatah yang tak bermakna. Bagaimana kebaikan akan hidup jika tiada keburukan? Kedua2nya saling memerlukan. Namun bila hari terus berlalu, bulan berganti tahun, aku menyedari bahawa manusia tak akan mampu menjaga kedua2nya seorang diri, tanpa menyedari keburukan itu telah mengatasi kebaikan. Itulah gunanya bantuan, dan kita mendapatkan segala bentuk bantuan tanpa kita sedari. Itulah rahmat Allah. Bila kita menafikan segala bentuk bantuan yang wujud disekeliling kita, maka kita melarikan diri dari rahmat-Nya. Saat ini kita perlu akui kesilapan kita, supaya rahmat itu terus bersama hati kita. Senang kita katakan, tapi sukar bagi mereka yang tidak faham.

Ada sesetengah perkara yang aku tak dapat terima. Bila perkara yang baik itu tetap dengan yang baik, dan keburukan itu tersisih dari kebaikan, maka itulah kezaliman. Setiap perkara itu wajib diletakkan pada tempatnya. Keburukan mempunyai hak atas kebaikan, begitulah sebaliknya. Sesuatu yang buruk itu perlu dibersihkan agar ia menjadi baik, dan sesuatu yang baik itu perlu dipelihara, agar ia tidak menjadi buruk. Aku tidak bermaksud agar kebaikan itu dicampurkan dengan keburukan, kerana manusia bukanlah makhluk yang sempurna, yang sentiasa peka pada sekelilingnya. Aku cuma berharap agar keburukan itu diletakkan di bawah kebaikan, agar ia menjadi pendorong ke arah yang lebih baik. Situasi ini dapat dilihat di mana sahaja, hatta di tempat yang penuh dengan kebaikan itu sendiri. Kadangkala kita tidak menyedarinya kerana kita gagal memahaminya. Seringkali sesuatu yang samar itu dipersalahkan kerana ia tidak sebaik kebaikan itu sendiri. Bukalah mata serta hati kita, agar kita bukan sahaja dapat melihat, malah menyelami situasi. Semoga kita diberi petunjuk dan kefahaman dalam mencari kebenaran.

‘Apa yang kita tahu itu adalah benar, tetapi kita perlu tahu bahawa masih ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik perkara yang benar itu, maka itulah kebenaran. Apabila kebenaran di satukan, maka itulah situasi yang berlaku.’

One Response to “FeeLinG High ToDay!”

  1. z-fathiha said

    aku benci ko…
    bukan main lagi ko edit friendster ko ni ek…tak de keje lain??
    jgn lupa wish bday aku 22 ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: