Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

.: CeRiTa MaLaM :.

Posted by anakkawi on June 9, 2005

Cerita malam tidak selalunya indah. Malam selalu diertikan dengan kegelapan. Malam yang gelap boleh diertikan dengan kesunyian. Malam yang sunyi membawa maksud kekosongan. Bagaimanapun ia terpulang pada diri setiap insan. Kadangkala ia seakan-akan bermaksud negatif, tapi selalunya ia membawa makna kegembiraan.

Aku sukakan malam. Kegelapan malam membataskan penglihatan. Namun ia tidak menghadkan pemikiran. Semalam aku terbaca blog seorang kawan. Aku tak sangka diluar sana ada orang yang suka melihat bulan, sepertimana aku di suatu ketika. [thanks eL!]

Cerita tentang bulan. Aku sudah lama tidak melihat bulan. Aku sangat sukakan bulan purnama. Saat sinarnya memberikan gelang jingga disekelilingnya. Terasa malam yang gelap itu seakan-akan bercahaya. Ianya sangat indah. Tapi aku lebih sukakan bulan diwaktu pagi, saat mentari mula menampakkan wajahnya. Orang tak sedar bulan tetap wujud diwaktu pagi. Tatkala bermulanya hari yang baru. Bulan seperti bola putih di kaki langit. Tetap berseri walaupun tidak bersinar. Suasana itu jarang dilihat. Sepertimana jarangnya gerhana matahari berlaku di negara kita. Bulan di waktu pagi hanya mudah dilihat sebelum, ataupun sesudah gerhana mentari.

Aku sangat sukakan bulan. Sehingga tercita bait indah berkenaan bulan dan aku… "Andai kau rindukan aku, pandanglah bulan, kerna kau dapat melihat aku di sana."

Masa yang berlalu membuatkan kita lupa zaman kegemilangan kita sendiri. (^-^`)
Kawan-kawan yang kita tinggalkan demi membina impian sendiri. Ingatkah mereka pada diri ini? Aku tiada jawaban untuk itu. Tapi aku sentiasa rindukan kawan-kawan lamaku. Dan aku tahu sebahagian mereka masih ingat pada aku. Itu sudah cukup menggembirakan aku. Cuma mungkinkah kita akan berjumpa kembali di masa akan datang? Aku tidak tahu. Mungkin membiarkan masa yang menentukannya? Aku harap mereka bertemuku sebelum tamat ajalku…

Hidup dan kehidupan adalah dua perkara yang berbeza. Setiap hari kita berazam untuk hidup. Tapi hanya kehidupan yang mencorakkan perjalanan hidup kita. Orang yang tak kenal erti hidup, tidak akan mengetahui makna kehidupan. Hidup bukan hanya berkenaan kita. Malah ia meliputi semua perkara yang melibatkan kita. Sesuatu yang dapat aku katakan cuma, "Pilihlah yang terbaik untuk kita, moga esok adalah hari yang lebih baik buat kita semua…"

Hai… aku sangat sukakan kehidupan aku, ia membantu aku menghadapi baki hidupku…
(^c^,)

3 Responses to “.: CeRiTa MaLaM :.”

  1. elLyA said

    (“,)hmm..bulan mmg lawa..sgt2 cantik..memberi pengertian yang mendalam kepada mereka yang faham erti kehidupan!!

  2. faisal said

    jangan dijadikan bulan sebagai penawar rindu kerana bulan tak selalu muncul, sekali sekala ia timbul sesaat tapi tenggelam berhari-hari, kadangkala muncul berhari-hari, tapi malang awan cemburu lalu menghalang pandangan sinar mata kita, bulan tak lagi kelihatan…

  3. AhMaD said

    Semalam aku balik umah kul 8. Lebih kurang la tu… Takde org Melayu yg tgk jam setepat-tepatnye. Walaupon aku xsuka lambat lebih 5 minit. Biasa la kan org ckp janji Melayu… janji kul 8 tp dtg kul 9. Act janji org Melayu xikut jam. Org dulu2 [stail org kampung skrg le] xjanji ikut jam. Bila buat majlis katanye mula lepas magrib. Kul 8 pon lepas magrib gak walaupon magrib masuk 7:30. Ntah la… jelik btol dgn perangai org kita, tp nak marah pon kawan2 kita jugak……..

    erm, cerita pasal bulan. Aku perasan bulan semalam xseperti dulu semasa aku di SMKA. Bulatnye kecil sedikit. Mungkin mase ni bulan jauh dr Malaysia kot? Ntah la… aku xperiksa jadual perjalanan bulan.

    Hehe…

    ^c^`

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: