Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Pertanyaan Untuk CINTA

Posted by anakkawi on June 19, 2005

"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

"Life without friendship is like the sky without sun"

Apabila nafsu dikuasai syaitan, insan menjadi haiwan dan jiwa mulai akan tertekan. Di sini teman diperlukan untuk berkongsi pengalaman, disini..

6 Responses to “Pertanyaan Untuk CINTA”

  1. setiap manuasia ada kelemahan,itulah gunanya sahabat sebagai penyeri perjuangan,tapi hanya ALLAH mampu memberi ketenangan tatkala tertekan dan memberi kedamaian tatkala kesunyian kerana cintaNYA adalah cinta yng hakiki dan yang kekal abadi…

  2. HaZeLNuT said

    apa erti cinta sebenar..
    tell me..tell me plizz..huhu..

  3. AhMaD said

    Isk…

    Bagaimanakah ingin aku menjawab persoalan itu? sedang hakikatnye aku pon xpernah bercinta…

    Hahahah………

    Tapi siapa perlukan cinta bila hari2 kita amat bermakna?
    (^c^)`

  4. siTifArhaN said

    salam akhi..ohOo..sori x sempt nk bls mel..isk2..xpe2..kang farhan msj ek..take care..miss akhi giddan ah =P

  5. MuRs said

    CiNta???!!! mmg susah untuk difahami….

  6. Zihan said

    heheheh..cinta..best sgt ke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: