Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

::Cerita Kita::

Posted by anakkawi on July 10, 2005

Hari ini aku menulis lagi. Kita menulis supaya orang membaca. Penulis yang baik menarik pembaca mendekati tulisannya. Aku tidak mengharapkan mereka membaca. Tapi andai hati sudah terdetik untuk membaca, aku berharap agar mereka tidak mampu untuk berhenti.

Suatu hari seorang kawan bertanya, “Apa itu cinta?” Ringkas soalannya namun ia membuatkan aku berfikir panjang. Sebenarnya apa itu cinta? Soalan itu tidak mungkin dapat kujawab, kerna seingat aku perkataan itu tidak wujud dalam diriku. Tidak dinafikan cinta sinonim dengan banyak perkara. Ada yang kata cinta itu buta, ada juga mengatakan cinta itu nikmat dunia. Tapi bagi aku cinta hanyalah suatu perkataan indah, terkandung kasih dan sayang di dalamnya. Biarlah orang yang bercinta mengungkapkan erti cinta…

Kadang-kadang aku berfikir, sebagaimana orang yang diberi akal berfikir, sepertimana juga pemimpin-pemimpin berfikir, dan mencontohi pemikiran seorang pemikir. Adakah nikmat cinta itu ditarik dariku? Adakah tanpa cinta kita derita? Tiada cinta tiadakah kebahagiaan? Aku tidak tahu, mengapa aku tetap gembira tanpa cinta. Tapi aku tahu aku bahagia dengan kehidupanku. Aku tahu aku suka akan hidupku. Penderitaan aku tak mampu menyakiti aku. Tiada sesal dalam hidupku. Tiada dendam dan iri hati.  Bagiku segalanya hanya memori indah. Aku tahu sedikit sebanyak tentu mereka tidak paham. Soalnya wujudkah derita andai semua yang berlaku dilitupi kemaafan?

‘Maafkan diri sendiri, kemudian barulah memaafkan orang lain.‘

Teman itu umpama aur dengan tebing, umpama laut dengan pantai, sejauh mana ia pergi, selaju mana ia hilang, ia tetap akan kembali saat kita tidak sedari. Aku pernah rasakan, peritnya kehilangan kawan. Dan biasa aku rasakan, sepinya tanpa teman. Bagaimana derita rasanya, tapi itulah kekuatanku, berjuang bersama teman namun tetap mempertahankan prinsip sendiri.

Pernah seseorang mengatakan padaku, “kau memang dikelilingi ramai kawan, tapi tiada satupun antara mereka yang menjadi teman setia kau.” Dahulu aku akui kata2nya sedikit benar. Tapi kini aku tahu, teman itu tetap wujud dalam sanibari ini. Hakikatnya, teman setia datang dari musuh yang kita benci. Aku suka mencari kawan, kerana dari situ lahirlah musuh, dan itulah punca kekuatan. Aku biasa berkawan, dengan dua orang yg saling bermusuhan. Tiada apa yang boleh kita buat untuk menyatukan dua org musuh. Namun kini aku tetap gembira kerna aku tahu aku dikelilingi org2 yang setia.

Satu rahsia dalam memikat. Hati tiap insan adanya pintu. Dan pintu itu memerlukan kunci. Seorang pemancing perlukan kemahiran yang baik untuk memancing. Baik kemahirannya, baguslah hasilnya. Begitu juga kunci. Kunci yang baik tidak memerlukan anak kunci. Kerna anak kunci itu adalah kelemahan pada kunci itu. Seseorang tidak perlukan kemahiran jika anak kunci itu sudah sedia ada. Cara yang paling mudah untuk membuka kunci tanpa anak kunci? Lupakan sahaja anak kunci itu.

Tapi apa gunanya kemahiran? Andai hati tetap kosong? Ada orang mengatakan, jangan ditanya kenapa dan mengapa, kerana soalan itu memang tiada jawaban. Tapi soalan itulah yang mematangkan kita. Dan soalan itulah yang membuatkan kita belajar. Sekali sekala pasti kita renung kembali masa silam kita. Dan aku sentiasa mengingati apa yang telah berlaku. Seorang kawan menyarankan agar lupakan sahaja kenangan pahit, gembira dengan memori manis. Tapi aku ambil kedua-duanya, dan ia kekal dalam sanubariku.

‘Sesuatu yang baik itu tidak kita sedari berada di sisi, sehinggalah kita mula terasa kehilangannya.’

One Response to “::Cerita Kita::”

  1. siTifArhaN said

    salam 3alaik..kpd akhi yg disyngi..

    kwn..sahabat..rakan..walo smua tu lain ejaannya,lain sebutannya..tp mksudnya sama..
    setiap apa yg akhi dh lakukn ntuk seorg yg bernama kwan,sahabat atau rakan ni..psti ada kegembiraannya dihati Allah..walo ia kekdg x mnimbulkn kesn kt hari kwn,sahabat atau rakan kita..
    jd akhi…truskn apa yg akhi rs btol ntuk akhi..apa yg akhi rs patut akhi buat..
    sbb ada yg akan menghargainya..disaat org lain x hirauknnya..

    trimas akhi bebyk ntuk smua..Allah je bleh bls..
    take care..

    jg dri gak..jgn dok pikir org lain jek =P..

    wslm~ ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: