Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

.:Cerita Berkenaan Kawan:.

Posted by anakkawi on July 14, 2005

Erm… hari ni aku bukak blog aku, nampak pesan dr adik yg sgt aku sayang. Kawan aku tanye siapa dia? aku jawab dia kawan aku je, sebab dia dah jd milik org… tapi aku xcakap dia adik angkat aku, hahaha… ^c^`

Aku copy utk korg bace…

salam 3alaik..kpd akhi yg disyngi..

kwn..sahabat..rakan..walo smua tu lain ejaannya,lain sebutannya..tp mksudnya sama..
setiap apa yg akhi dh lakukn ntuk seorg yg bernama kwan,sahabat atau rakan ni..psti ada kegembiraannya dihati Allah..walo ia kekdg x mnimbulkn kesn kt hari kwn,sahabat atau rakan kita..
jd akhi…truskn apa yg akhi rs btol ntuk akhi..apa yg akhi rs patut akhi buat..
sbb ada yg akan menghargainya..disaat org lain x hirauknnya..

trimas akhi bebyk ntuk smua..Allah je bleh bls..
take care..

jg dri gak..jgn dok pikir org lain jek =P..

wslm~ ^_^

Mungkin mereka xpercaya, ada yang buat tak tahu. Tapi bg aku semua org ada tempat di hati aku. Cikgu aku mase sekolah dulu pernah cakap, kawan2 awk sekarang ni akan tinggalkan kamu sorg2 pada masa depan. Aku pernah rasa bagaimana kita ditinggalkan. Aku pernah dikhianati oleh orang yang bergelar kawan. Tapi macammanapon sakitnya hati aku, aku tetap akui mereka sebagai kawan aku. Sekali mereka berkawan denganku, selamanya dia kawan aku.

Aku lahir dalam keluarga yang mengutamakan pendidikan. Ibu aku seorang cekgu. Ayah aku pon sama. Tapi aku lebih sukakan ayah aku walaupon aku lebih sayangkan ibu aku. [Aku xsuka ibu mendidik aku seperti dia mengajar pelajar di sekolah… sebab aku anak dia, bukan student dia!!! Heheh, ^c^` ]

Jadi aku faham bila seorang cekgu menegah kita berkawan dengan budak2 nakal. Akal aku bukan seperti akal orang kebanyakan. Dan aku percaya setiap manusia punyai gaya pemikiran tersendiri. Cuma mampu atau tidak dia menampilkan gaya mereka itu terpulang pada diri mereka. Aku selalu fikir, kenapa kita tak boleh kawan dengan mereka? Bukankah mereka itu manusia seperti aku? Kita semua sama, cuma orang yang diberi petunjuk sahaja mampu menilai sesuatu dengan sebaik-baiknya.

Seperti yang aku tulis tadi, aku amat faham bila kehilangan seorang kawan. Kawan baik aku yang masih aku ingat sampai sekarang, namanya Mohd Ikhwan Bin Azlan. Aku kenal dia mase di Tadika Abim Sek 19, Shah Alam. Then sekolah sama di SRK Seksyen 19, dan SRA Seksyen 18. Kami berpisah bila aku pindah ke Klang. Tapi sampai hari ni aku masih ingat dia. Seorang kawan yang mengingatkan aku erti persahabatan.

Kawan aku [Min] pernah cakap, xsemua orang akan luangkan masa untuk kawannya. Aku sedar sejak aku berpisah dengan Ikhwan, aku xpernah jumpa lelaki seperti dia. Memang kawan yang baik itu tidak mudah dilupakan, dan akan kita kenang sampai bila2. Bukan maksud aku kawan aku sekarang jahat2 belaka, tapi seseorang itu tidak sama dengan orang lain.

Pesan guruku, jika kita tak jumpa orang yang terbaik bagi kita, maka kita jadilah seseorang yang terbaik. Mungkin kebanyakan orang ada idola. Aku pernah cuba memikirkan, siapa idola yang terbaik untuk aku jadikan contoh. Tapi makin aku cari makin aku xjumpa. Bagi Nabi Muhammad tidak boleh dijadikan idola, kerna beliau sudah tiada di dunia ini. Dan sememangnya Nabi itu tidak boleh dibandingkan dengan manusia lainnya. Ini soal prinsip, maka janganlah dipersoalkan…

Bagi aku jika tak boleh mencari kawan yang baik, maka jadikan diri ini seorang kawan yang terbaik, bukan untuk diri sendiri. Tapi untuk mereka yang menghargai seorang kawan. Dan sekarang aku tak pernah menyesal, kerana kini aku punyai sebarisan kawan yang sanggup bersama aku…

Tapi satu perkara yang aku akui, `kawan perempuan itu lebih baik walaupun ada hadith mengatakan lelaki itu lebih diutamakan dari perempuan`. Namun itu suatu cerita yang lain…

Buat kawan2 yang menghargai persahabatan, jangan sesekali menyesal kerna berkawan…

4 Responses to “.:Cerita Berkenaan Kawan:.”

  1. nUrhaSanAh said

    assalamualaikum wbt..

    Plg pntg ialah adanya keikhlasan..itulah nilai yg akna mengajar kita cara terbaik utk meniti di atas tali persahabatan..krn dlm dunia persahabatan, ada tali yg direntang sudah cukup lebar, namun ada pula yg terlalu halus..
    Pandai2 lah kita mnjadi sahabat yg mengerti ttg hati dan perasaan sahabat kita spt mna dia memahami kita..jgn biarkan jiwa sahabat terluka krn kita..cbalah jd sahabat sptnya spy kita lbh merasai pahit manis bersahabat..spy kita lbh mengerti perasaan org lain dan spy kita lbh mghargai pengorbanan yg dicurahkan krn seorg sahabat sejati tdk pernah mgharapkan apa2 balasan..cukuplah keikhlasan dan doa sbg pengganti sgla kesilapan yg lalu..

    ini as copy dr post kt blog as on 30th may..hehe..ade sorg shbt as..die pun ckp cmtu..sahabat P lbh bermakna..

    wassalam

  2. nUrhaSanAh said

    satu lagi..klo cte psl kwn..smpai dunia kiamat pun xkan hbs..kdgkala hubungn persahabatn lbh berbekas dr saudara sndri..sahabat bawak byk cerita,pengalaman,suke,duka,kenangan dan byk lg bnda..pendek kata..sahabat ni adalah satu bnda besar dlm hidup selain family..aduhai sahabat..andai kita ikhlas bersahbat..insyaAllah smpai masanya Allah akn ketemukan kita dgn sahabat yg bnar2 sahabat…wallahualam..

  3. Manisnya persahabatan kerana manisnya iman,diikat kuat bukan kerana aliran darah tetapidipatri kerana ALLAH,bersabar dengan kerenah insan dan menegur dengan penuh kasih kerana enggan berpisah di hari pembalasan….

  4. vaniLLa said

    manisnya persahabatan jika didalamnya tersimpan jutaan rahmat Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: