Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

::Nabi Kita::

Posted by anakkawi on July 17, 2005

Hari ni cerita aku beralih sedikit. Cerita aku tidak seperti selalu. Aku tulis kisah ini sempena kuliah Pemikiran Saintifik Islam oleh Prof. Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali pada Jumaat lalu. Aku sebenarnya jarang mengingati nama penuh seseorang. Tak kira tokoh atau bukan, aku memang susah mengingati nama penuh orang lain. Sebelum aku meneruskan cerita, suka aku beritahu Dr. adalah Ketua Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Uni Malaya. [Tempat aku belajar le… ^c^`]

Hari itu Dr. melontarkan satu idea. Pernah dengar tentang Hadith? Pernahkah membaca Hadith? Jika Ya pernahkah dengar hadith berkenaan eksperimen yang dilakukan Rasulullah? Arahan Rasulullah pada petani Arab. Biarkan tamar itu berbuah sendiri. Tanpa perlu melakukan pendebungaan. Akibatnya musim itu kuranglah tamar. Sedikitlah bekalan penduduk Arab. Rasulullah pon diajukan permasalahan itu… Lalu berkata, "Anda lebih mengetahui urusan dunia anda…"

Andai kita memikirkan dengan mendalam. Adakah Nabi kita silap? Adakah Nabi kita berbuat salah? Sama juga keadaannya tatkala Nabi memutuskan tawanan perang Badar boleh menebus diri. Salahkah arahan Nabi? Sebelum ini aku berpendapat… Nabi-nabi itu manusia, seperti juga kita. Maka manusia tak lari dari kesilapan. Bezanya kesilapan Nabi-nabi itu dimaafkan, kerna Nabi-nabi itu maksum…

Kemudian Dr. melontarkan persoalannya, pandaikah Rasulullah? Bolehkah Rasulullah membaca dan menulis? Bukankah Rasulullah itu ummi? Andai kereta zaman ini wujud di masa itu, mampukah Rasulullah membaikinya? Banyak persoalan yang dilontarkan. Tapi aku tidak mahu menulis semua. Soalan ini berkaitan akidah, maka perlu lebih berhati2… Soalnya andai kita diajukan soalan ini, oleh orang2 yang bukan Islam, apa jawapan kita?

Aku balik ke rumah. Kemudian membuka buku Siapa itu Nabi-nabi? tulisan Dr. Aku memahami seperkara… Nabi dan Rasul itu utusan Allah. Dan utusan [wakil] Allah tidak boleh silap. Para nabi dan rasul diberi pengetahuan oleh Allah. Maka tiada persoalan yang tidak mampu dijawab. Aku berbalik pada persoalan umminya Rasul. Sebelum kenabian Nabi diakui bersifat ummi, tidak boleh membaca apatah lagi menulis. Bagaimana sesudah kenabian? Khilaf di kalangan ulama tidak aku persoalkan di sini. Cuma sebagai mengambil pemikiran Dr., seharusnya Rasul itu mampu membaca dan menulis. Sehinggakan andainya orang Cina datang berbahasa Cina dengan Rasul, maka wajiblah dipercayai bahawa rasul itu mampu berbahasa Cina.

Dr. mengatakan… Nabi yang saya percaya seharusnya mempunyai 10/10 pengetahuan yang diberikan Allah. Hanya 1/10 pengetahuan itu sampai kepada kita, dan lebihnya 9/10 itu tidak mampu dipelajari umat manusia. Aku boldkan saya kerana itulah soal akidah. Akidah melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada apa yang dipercayai. Dr. mempercayai sebegitu, maka dia mengatakan SAYA. Bagaimana kita semua?

Aku tidak mahu terus menulis berkenaan akidah, kerana soal akidah itu lebih besar dari maknanya. Dan tidak semua orang diberikan kefahaman untuk memahami persoalan2 akidah. Satu pesanku, andai ingin lebih mengetahui, banyakkan membaca…

[Bacalah buku2 yang betul supaya kita tidak tersilap…]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: