Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

*Umrah_2006*

Posted by anakkawi on June 13, 2006

Hari Pertama, Jumaat, 26 Mei 2006.

hrmm.. aku xtau nk mula dri mana cerita aku nih. lama dah xmenulis. tangan pon sudah mula kaku. jari jemari yang lincah dah tiada lagi. Huhu.. rindukan zaman dulu..

kisah ini sekitar 2 minggu yang lalu. saat aku terpanggil ke tanah suci. saja aku ringkaskannya sedikit, dan menjadikan ia berkecamuk. baguslah kalau semua dapat faham..

Petang itu hari jumaat. Sedang aku lena sendirian. [pagi td penat aku menyambut sedara mara dari penang di perhentian bas belum hilang.] tiba2 ayah membangunkan aku. `Siap cepat! nak pegi air-port kul 9 mlm!` hah?!! pelik aku.. tiada angin tiba2 datangnye taufan. maka bersegeralah aku mengemas apa yang patut. siap sahaja menaiki kereta. hujan turun dengan lebatnya. seolah2 mengiringi pemergian kami.

lupa pula kunyatakan. penerbangan asal aku keesokan harinya. namun dari berita yang diterima mungkin akan ditangguh ke minggu hadapan. namun mungkin rezeki kami semua, hari ini juga aku akan bertolak!

Kisah seBenarnya..

hatiku masih berbelah bahagi untuk ke mekah. tapi saat yang ditunggu akhirnya tiba. maka aku perlu menyediakan mental dan fizikalku. perutku meragam semcam. sebenarnya aku xbiasa mengambil makanan apabila memulakan perjalanan. aku lebih selesa berlapar, sambil makan air sahaja. heh..

Air-Port..

kumpulan kami sudah tiba. menunggu ibu kak longku sahaja. kawan mak yang akan menyetai kami ke tanah suci juga sudah tiba. waktu terasa berlalu begitu sahaja. aku tak tahu apa perasaanku ketika itu. cuma teringat moh meminta duit sewa siang tadi. lalu di kesempatan itu aku menelifonnya bagi memaklumkan pemergianku yang tidak dirancang. tidak lupa aku hubungi kawan sekolahku Manja, [namanya memang begitu] nasib baik dia belum pulang selepas penat bekerja di McD di situ. tidak lama ku tunggu. Manja tiba menunjukkan wajahnye yang lesu. huu.. sian aku tgk. tp aku gak yg suh dia antar aku td. hehe.. apepon terima kasih sebab sudi juga menemaniku sebentar. [andai dia baca blog aku nih. ^c^` tima kaceh..]

wah.. panggilan menaiki kapal terbang sudah diumumkan. tiba masanya untuk pergi. kami semua segera melangkah. ibu kak long masih belum tiba. on da way katanya. xpelah, ayah tunggu di pintu. kami segera melalui imigresen. naik tren.. aku pon xtau ke mana. tp yg pasti selepas itu dah masuk balai pelepasan, setelah berjalan kai setengah kilometer.. menunggu beberapa ketika. hrmm.. sebenarnya dekat sejam la jugak. puas lama menunggu. dapat masuk ke perut kapal terbang. kami akan berangkat ke tehran dahulu. transit sebelum terus ke jeddah. kemudian ke madinah dahulu..

lupa ku ceritakan. penerbangan ke tehran adalah dengan menaiki air-bus. huh.. aku kami semua duduk di bahagian atas kapal, yang terbonjol di atas tu bila dilihat dari luar. betul2 di belakang tempat duduk pilot.

ini adalah pengalaman pertamaku menaiki kapal terbang. hrmm… sebelum ini aku sangkakan best sgt naik kapal terbang. tapi ia xubah mcm naik bus. cuma bezanya benda ini bole terbang. dan kami terperosok di dalamnya lebih kurang 7 jam. tanpa henti. buka mata disuakan makanan. kemudi9an terlelap kembali. boring.. huh, tapi itu cerita yang lain…

[sehingga berjumpa lagi di episod akan datang, itupon klo aku terasa rajin nak menulis. heh.. ^c^`]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: