Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

*Umrah_2006^Samb*

Posted by anakkawi on June 20, 2006

Hurm, aku nak sambung crita sket, psl lawatanku ke tanah suci..

Sampai di Jeddah terus naik van pojok ke Madinah. Teruk la jugak aku rasa. 4 jam dlm perjalanan. Penat naik flight td pon blom hilang. tp apa nk buat. Ikut je lah. Org ckp ble kt tanah suci jgn byk komplen…

Duk kt madinah 3 hari. Hotel aku betul2 menghadap perkuburan Baqi`. So ble ade kematian, nampak la org gali kubur. Tapi kubur kt sini yang aku perasan dia gali tak sampai 1kaki pon. Kalo korg biasa teman tukang gali kubur kt masjid, kubur kt Malaysia biasa dia gali lebih 2 kaki. tp kubur kt tanah arab nih ada la dalam paras pinggang lebih2 sket. huhu..

Tak lama di madinah terus pergi ke Mekah. Aku baru tau kenapa org lebih suka duk kt mekah walaupon Masjid Nabawi tu dia pasang air-cond sampai terasa ke tulang sum-sum. Sebenarnye yg sejuk tu masjid dan kawasan sekitarnya sahaja. Cuaca kt Madinah nih bole tahan panasnye. klo diberi peluang rasanya duduk dlm bilek xkeluar2 lah. hahaha…

Sampai di Mekah cuaca nya bole tahan sket. Cuma bile waktu zohor tu byk la org pakai cermin mata hitam. Cahaya mentari seolah2 memantul dari tanah yang kita pijak. Silau!! tapi xde la sebahang cuaca di Madinah.

Tapi dalam banyak2 pengalaman tu, aku paling suka tgk Kaabah. Hurm, walaupon slalu tgk dlm gambar2, tp tgk kaabah depan mata lain pengalamannya. Walaupon kita sedar yang ia hanya sebuah bangunan yang bersegi empat, tp xjemu mata memandang. Kalau nak tau mcmna rasanya korg kene la pegi sendiri. hehe..

Ok, sampai di sini sahaja cerita aku. Sebenonye aku malas nk cerita nih. Tapi sbb teringat janji aku pada seorg teman, maka aku titipkan juga cerita aku di sini…

kalau nak tau ceria lebih lanjut kene la tanya aku ek.. atau lebih mudah pegi sendri. hehe…

Pengajaran yang aku dapat, walaupon kita dalam hati xrasa nk pergi ke tanah suci, atau lebih tepat xrasa nak pergi wat umrah, tp ble ade peluang tu pergi je lah… xrugi apa2 pon. Bila mak aku ajak pergi 6 bulan yg lalu, sebenarnya aku xhingin pon nak pergi. Org ckp best, tp perasaan `belum terasa nak pergi` tu lebih tebal dlm hati aku. tapi kita perlu akur pada perkara yang baik. dan percaya hanya pada-Nya. tak kisah la benda apa pon, dalam hidup nih kadang2 kita xtau apa yang baik, apa yang buruk. Sesuatu yang baik bagi kita kadang2 ianya buruk sebenarnya. maka berserah hanya pada-Nya, mohon petunjuk Dia. Percayalah, Kita takkan rugi apa-apa..

Akhir kalam, maaf andai ada hati yang terluka…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: