Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Persahabatan

Posted by anakkawi on November 30, 2007

Persahabatan mempunyai kesan yang cukup mendalam pada seseorang.Baik rakan, baiklah pekerti seseorang itu.Jahat rakan, rosaklah budinya itu.Sahabat juga boleh dijadikan cermin mengimbas pekerti seseorang itu.

    Luqman Al-Hakim berpesan, apabila engkau ingin mencari teman sejati, ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya.Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihatimu, maka bolehlah engkau mengambilnya sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, berhatilah-hatilah kamu terhadapnya.

    Perbaikilah juga tutur katamu, halusilah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan padanya.

    Dalam persahabatan juga, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharap sesuatu daripadanya.Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak berhajat kepada puji-pujian atau menagih sanjungandaripada orang lain, kerana jika itu yang kamu hajati, dirimu akan beroleh kecelakaan.

    Usahakanlah juga supaya mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri dan jika berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.

    Untuk disayangi, jadilah insan yang penyayang.Siapa yang suka berdiam diri sudah tentu selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun dan barangsiapa tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, tentu dia akan menyesal.

    Bersahabatlah dengan orang alim dan berilmu.Perhatikanlah nasihatnya kerana sejuk hatimu mendengarnya.Hidupkanlah hatimu dengan cahaya hikmahyang diperoleh daripada mutiara kata alim ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah subur yang disirami hujan.

    Janganlah engkau bertemankan orang bodoh serta mereka yang talam dua muka kerana ia akan membahayakanmu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: