Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Lelaki Juga Harus Memilih…

Posted by anakkawi on December 3, 2007

Dalam memilih teman hidup, selalunya wanita dikatakan mempunyai cita rasa yang agak tinggi. Mereka sering mendambakan lelaki yang gagah, perkasa, tinggi, maskulin, dan kaya sebagai pilihan. Bagi wanita, lelaki harus bersifat melindungi. Benar, tetapi jangan sesekali memperkecilkan lelaki yang nampak tidak gagah dan pendek itu tiada kualiti.

Kata orang sebelum memilih, ukur dahulu baju di badan sendiri. Harus diingat peranan, kelebihan dan sifat seseorang lelaki itu lebih cool berbanding wanita dalam menghadapi situasi mengecewakan. Mereka lebih bebas membuat
sebarang keputusan jika keadaan mendesak. Jadi wanita di luar sana, jangan terlalu selesa sehingga leka dengan pilihan sendiri kerana lelaki kini lebih pandai menilai kamu. Mendengar luahan beberapa teman yang pernah dikecewakan teman wanita, sesekali terfi kir adakah wanita sekarang terlalu demand memilih teman hidup? Ataupun lelaki itu sendiri yang silap memilih?

Biar apapun persoalannya, setiap daripada kita pasti pernah melalui situasi di mana mereka silap memilih teman wanita hingga akhirnya tertipu, terpedaya hanya semata-mata terpesona dengan tarikan fi zikal yang ada pada wanita terbabit. Ayuh lelaki! Bangun dari lamunan dan jangan sengaja membuang masa dengan melayan karenah sesetengah wanita yang hanya pandai bermain kata. Belajar dari pengalaman. Selidik, teliti dan kaji betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih pasangan hidupmu. Awasi 10 ciri-ciri wanita mengapa perlu kamu hindari.

Wanita feminis – wanita yang tersenarai dalam golongan ini beranggapan bahawa
segala penyakit dalam masyarakat berpunca dari lelaki. Dan mereka mendabik dada kononnya wanita adalah makhluk paling mulia. Wanita yang mempunyai naluri seperti ini selalu berfantasi dan memberi layanan yang cukup buruk kepada lelaki. Kamu boleh cuba untuk mengenali wanita jenis ini dengan mudah melalui sifat anti lelakinya yang tidak berkesudahan.

Beri tanggungjawab – wanita ini hanya mahukan wang kamu semudah mereka mendapatkan ABC. Wanita pengikis ini memerlukan maintenance yang tinggi. Mereka mengharapkan lelaki menaja keseluruhan kos hidupnya dengan alasan mereka hanyalah wanita. Bagi golongan ini, lelaki mesti membayar makan minum, percutian, bunga dan perhiasan diri mereka dan mereka seolah-olah tidak pernah rasa bersalah mengikis harta benda lelaki. Mereka disaluti emas, jadi lelaki perlu membayar harga yang setimpal dengannya.

Wanita berangan – kelompok wanita jenis ini hidup dalam dunia penuh fantasi
dan angan-angan seperti dalam layar perak ataupun cerita dongeng. Setiap malam mereka akan menghabiskan masa membaca novel atau menonton fi lem dan berkhayal atau berangan mengenainya. Kadang-kadang imaginasi mereka
tidak berpijak di bumi nyata. Mereka mahu dilayan seperti seorang puteri raja dan dibelai manja persis seekor kucing parsi sepanjang masa.

Wanita ilusi – golongan ini hampir sama dengan wanita yang suka berangan tetapi dalam sudut yang lebih gelap. Mereka ini seperti mayat hidup – iaitu seseorang yang pernah terluka pada masa silam dan cuba melakukan sesuatu untuk balas dendam serta sabotaj perhubungan masa kini. Perhubungan kamu dan wanita ini akan menjadi satu tragedi kerana pada mulanya dia akan menunjukkan minat yang membuak-buak tetapi dalam masa yang singkat
dia boleh lenyap begitu sahaja. Dan cinta ini akan berulang dan terus berulang.

Wanita perasan bagus – sama macam wanita feminis, wanita jenis ini juga
tidak sukakan lelaki. Mereka mengeji golongan lelaki dan sentiasa menyalahkan lelaki dalam segenap perkara. Bagi wanita perasan bagus, tidak ada satu pun perkara yang baik mengenai lelaki. Teruk, kejam, tak berhati perut dan perosak
makhluk, itulah andaian mereka. Perasaan mereka sentiasa mendidih terhadap lelaki dan kemarahan mereka boleh diibaratkan seperti letusan gunung berapi.

Wanita keliru – pada permulaannya semua kelihatan cukup sempurna dan wanita ini mampu melayan lelaki dengan cukup baik. Tetapi kebimbangan dalamannya lambat laun pasti akan terserlah. Lama-kelamaan dia akan menelefon
kamu 10 kali sehari bertanya soalan yang remehtemeh mengenai hubungan kamu berdua. Mereka sentiasa ragu-ragu dengan penampilan dan daya penarik tersendiri yang dimiliki. Dia selalu bimbang kamu akan angkat kaki dan mencari wanita yang lebih baik daripadanya.

Wanita terdesak –matlamat wanita golongan ini hanya satu iaitu berkahwin dan mahukan seks. Dia tidak kisah jenis lelaki dan apa pekerjaannya, asalkan apa yang mereka mahukan dapat dipenuhi segera.

Wanita tamak haloba – wanita ini penuh dengan helah dan tipu muslihat. Pada awalnya dia hanya mengikut apa sahaja permintaan dan syarat kamu. Namun apabila hubungan antara kamu sudah terlalu intim ataupun
apabila kamu sudah berkahwin dengannya, barulah ‘taringnya’ mula keluar. Dia menjadi begitu tamak haloba dan dia akan cuba membolot harta kamu dengan apa cara sekalipun!

Wanita penggoda – biasanya kamu boleh mengesan wanita jenis ini dari jauh
lagi kerana dia akan cuba memikat kamu dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan unsur seksual. Biasanya sasaran mereka adalah warga emas, lelaki gatal dan ada kalanya mereka menggunakan keseksian mereka untuk memancing lelaki seperti lebah menghurung madu.

Wanita QC – wanita ini akan menjajah setiap inci kehidupan kamu. Dia akan tentukan apa yang akan kamu pakai, makan. Ke mana perlu pergi dan segala-galanya. Dan apabila kamu cuba pertahankan hak kamu, dia akan mula menangis, meraung, mencebik atau menggunakan segala taktik wanita sehingga kamu mengalah dan menurut kehendaknya.

Dipetik dari Majalah Remaja Online – Pendapat Lelaki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: