Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Pendirian Anwar jual maruah negara

Posted by anakkawi on December 5, 2007

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyifatkan pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong campur tangan kerajaan India dalam isu perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai perbuatan menjual maruah negara.

Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata, tindakan itu menggambarkan sikap sebenar seorang bekas pemimpin Melayu yang terdesak.

‘‘Dia (Anwar) kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk mendapatkan sokongan puak pelampau.

‘‘Perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah jauh terpesong. Matlamat parti itu yang dicanang sebelum ini untuk membela rakyat jelas palsu belaka,” kata Azimi ketika dihubungi di sini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata dalam laman web NDTV.com bahawa keputusan kerajaan India dalam menyokong isu kaum India di Malaysia adalah ‘tindakan yang dilihat betul’.

Penasihat PKR itu berkata, kerajaan telah membuat pendirian yang salah mengenai konflik etnik di Malaysia. Beliau menyokong kerajaan India kerana memanjangkan isu itu.

Menurut Azimi, Anwar kini mula menayangkan agenda tersendiri yang selama ini disembunyikan.

‘‘Kita boleh lihat sendiri bagaimana Anwar sanggup merelakan urusan negara dicampuri pihak luar.

‘‘Dia ada motif tersendiri yang semuanya kerana kepentingan diri dan PKR,” ujarnya.

Azimi yang juga Exco kerajaan negeri Kedah turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melayan permintaan golongan pelampau Hindraf yang tidak mempunyai hala tuju.

‘‘Kita minta Pak Lah tidak memberi muka kepada mereka. Jika tidak akan muncul pula golongan lain yang mendakwa perkara yang sama.

‘‘Sepatutnya kita memberi tumpuan kepada cara bersaing untuk meningkatkan pendapatan negara dan bukan membanding-bandingkan keistimewaan antara kaum,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan Anwar yang menghalalkan perhimpunan haram Hindraf merupakan sesuatu yang sudah dijangka.

‘‘Rakyat negara ini sudah mengenali Anwar yang suka memberontak dan menggunakan cara demonstrasi jalanan untuk menyelesaikan isu peribadinya.

‘‘Memberontak di jalanan dilihat satu cara politik murahan. Kini dia sanggup menggadai maruah negara untuk kepentingan politiknya,” ujar beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: