Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Tanggungjawab Isteri

Posted by anakkawi on December 6, 2007

Ingatan buat isteri 2 solehah …
Jangan biar suami mati kering
BANYAK pandangan diterima sebagai melahirkan simpati mereka kepada
Ruby yang kisahnya berjudul ?Belajarlah mencintai diri sendiri?
seperti yang disiarkan minggu lepas. Kepada anda semua, saya ucapkan
jutaan terima kasih dan akan disampaikan kepada beliau.
Minggu ini dipaparkan kisah paling unik pernah saya dengar yang lahir
dari mulut suami itu sendiri yang melahirkan rasa tidak senang hati,
terhadap isterinya. Kadang-kadang rasa pelik juga dengan kehidupan
ini, ada suami terlalu sayangkan isteri, tetapi si isteri tak ambil
kisah. Ada pula isteri menyanjung, mencintai suaminya, tetapi dia
diperlakukan seperti kain buruk untuk pengesat kaki. Namun mari kita
ikuti kisah ini, dan berilah pandangan anda apa harus suami ini
lakukan.


Setelah tiga minggu menunda pertemuan kerana kesibukan menyambut Hari
Raya, dan cuti raya yang panjang, akhirnya saya menemui ?Penyupower?
di sebuah tempat makan berhampiran tempat kerjanya.
Selama berkenalan melalui e-mel, anak muda ini menamakan dirinya
?Penyupower Menangis? satu nama yang unik, ketika bertemu wajahnya
bukanlah macam penyu, tetapi handsome, berkulit putih dan memang
power, tetapi mengapa dia menangis? Katanya, dia menangis kerana
mengenangkan nasibnya sudah berumah tangga, tetapi tidak mendapat
layanan sewajarnya daripada isterinya
Petang itu ?Penyu? atau Shahrul menceritakan segalanya tentang
kehidupannya dan dia langsung tidak menyangka nasibnya begitu malang.
??Saya bertemu Hanisah kira-kira sembilan tahun lalu secara tidak
langsung ketika mencari-cari bas di sebuah stesen di utara kerana
urusan kerja. Dari pertemuan itu lahirlah perkenalan. Saya cepat
tertarik hati dengan kelembutan dan kebaikannya. Tak sampai tiga bulan
berkenalan kami berkahwin.
??Semua urusan merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan
saya serahkan kepada emak, kerana saya sibuk dengan tugas di KL,
sementara Hanisah di utara. Saya cuma balik untuk urusan pernikahan
dan bersanding. Emak tak banyak soal, kalau suka dia ikut saja.
Asalkan saya bahagia.
??Selesai kahwin saya bawa Hanisah ke KL, dan dia berhenti kerja
kerani di sebuah syarikat di utara. Di sinilah bermula segalanya, saya
fikir tentulah bahagia setelah beristeri tetapi malangnya Hanisah
sejuk.
??Dia tidak seperti pengantin baru, ada pengantin baru sampai tak
keluar bilik, tetapi dia menolak apabila saya mendekatinya apa lagi
untuk melakukan hubungan seks. Saya tak tahu masalahnya, tetapi
memikirkan kami baru kahwin dia berhak untuk berasa malu. Masalah itu
saya pendamkan begitu saja sambil memikirkan takkan lari gunung
dikejar dan biarlah dia ambil masa dan lakukan dengan rela.
??Tetapi malangnya hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan
berganti tahun, dia tetap sejuk. Malah lebih teruk lagi membuatkan
saya merasakan sesuatu yang tidak kena. Tetapi kerana saya sering
diburu tugas yang banyak, saya berjaya melupakannya seketika. Kerana
tugas juga amat penting. Dan saya sering berpindah kerana tugas, dan
kami terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
??Masuk tahun ketiga saya terfikir untuk berpisah jika Hanisah masih
dengan kelakuannya. Tetapi nak jadikan cerita dia mengandung. Hasrat
saya terbantut. Saya gembira akan jadi ayah. Tetapi keadaannya tidak
berubah malah lebih teruk, dia tidak mahu melayan saya dan sentiasa
menolak.
??Pernah beberapa kali kami berbincang tentang hubungan suami isteri,
keperluan seks, mengapa dia dingin. Tapi pemikirannya jauh berbeza.
Saya belikan buku ilmiah dia tak baca pun. Padanya seks itu kotor,
kerana itu setiap kali saya berpeluang buat hubungan dengannya, dia
buat persediaan rapi, kunci pintu, tingkap, padam lampu dan lapik
tilam dan badannya dengan kain khas supaya badannya tak kotor.
??Apa saya ini kotor sangat ke hinggakan dia jijik, apalagi kalau saya
ingin memeluk dan menciumnya. Dia tak mahu saya mencium mulutnya,
katanya, dia rasa nak muntah. Gigi saya bersih, tak rosak, tak
berlubang. Apa hal ni!
??Bila ada anak, keadaan bertambah teruk, dia tidur dengan anak, saya
disuruh tidur di tempat lain. Apa dah jadi ni! Saya pernah berbincang
dengan kawan-kawan lelaki, mereka suruh saya bercerai ketika baru
kahwin. Kalau dibiarkan teruk nanti. Kini semuanya benar. Saya bukan
hendak bercerai tapi cemburu dengan kawan-kawan yang mendapat layanan
terbaik daripada isteri.
??Kerana tugas juga saya ditukarkan bekerja di seberang laut, tugas
saya memaksa saya berada di sana dua bulan dan bercuti tiga minggu
kembali ke tanah air. Saya fikir setelah sekian lama ditinggalkan
tentulah dia berubah. Malangnya dia tetap sama, dia tidak pernah
pedulikan saya yang kehausan setiap kali balik dari luar negara.
??Bayangkan perasaan saya dua bulan tanpa isteri, bila cuti tiga
minggu balik rumah, isteri pula tak mahu layan. Kalau saya lelaki lain
mungkin dah lama dia kena pukul atau diceraikan. Atau saya puaskan
nafsu di luar. Di sana ada ramai wanita perlukan lelaki, tetapi saya
tahu halal haram, kerana sejak kecil dididik dengan kesedaran agama,
itulah penyelamat saya.
??Bermacam cara saya lakukan untuk menawan hatinya menyayangi saya.
Berkali- kali saya katakan dia tak perlu masak kalau masak dan kemas
rumah memenatkannya hingga tidak dapat melayan saya. Saya perlukan
isteri, bukan tukang masak atau tukang cuci. Saya mahu hidup bahagia
seperti orang lain yang mempunyai isteri normal sentiasa menyiapkan
diri melayan kehendak suami.
??Kalau dia tak memasak saya boleh beli di restoran, kalau dia tidak
cuci pakaian saya boleh hantar dobi, tapi kalau dia tak berikan
layanan seorang isteri di manakah saya akan memperoleh semua itu?
??Bila setiap kali pulang ke rumah, waktu tulah dia nak mandi, atau
mandikan anak, nak masak, nak berkemas. Sepatutnya dia menyiapkan
diri, tunggu saya di muka pintu untuk sambut saya dengan pelukan dan
ciuman serta kata-kata manja.
??Pernah saya peluk dia dari belakang ketika dia sedang memasak, niat
saya nak bermesra, nak bergurau senda dan nak bermanja. Dia boleh
menjerit pada saya suruh lepaskan dan halau saya duduk depan.
??Ketika di luar negara, saya belikan dia macam-macam hadiah contohnya
jam tangan adalah beberapa kali dia pakai lepas tu tak pakai dah. Bila
tanya mana jam, dia kata lupa entah mana tah. Belikan minyak wangi
yang mahal pun dia malas nak pakai. Belikan pakaian dalam yang boleh
membentuk tubuh supaya lebih cantik berharga RM2,500 pun dia rasa
susah nak pakai, disimpan dalam almari. Belikan baju tidur yang mahal
dia tak pakai alasannya tak selesa dan terlalu seksi.
??Pernah saya belikan baju seksi sikit suruh dia pakai, dia kata
memalukan. Salahkah isteri berpakaian seksi dalam rumah untuk
suaminya? Bukan tunjuk kat orang. Itu belum masuk aksesori lain yang
saya belikan, tapi dia tak suka. Dia langsung tak jaga badan dan
penampilan diri. Rambut jarang cuci apatah lagi menggunakan peralatan
pewangi luaran dan dalaman badan.
??Saya pernah sambut hari lahirnya di salah sebuah restoran terkenal
di KLCC, malangnya semasa orang ramai menyanyikan lagu selamat hari
lahir, masa tu juga dia tengking dan marahkan saya kerana dia tak
suka. Saya amat malu ditengking di hadapan orang ramai. Habis tetamu.
??Saya juga tunaikan permintaannya belikan kereta, bawa dia melancong
ke luar negara, ke Sabah dan Langkawi juga tidur di hotel lima bintang
dengan harapan dia terbuka selera memberikan layanan yang baik pada
saya, tetapi hampa.
??Di luar negara, saya menulis sajak meluahkan isi hati saya padanya.
Bila saya pulang ke Malaysia dia langsung tidak memberikan reaksi.
Sejuk!
??Kerana terlalu sedih, saya menangis dalam kapal terbang semasa
keluar negara atau dalam teksi ketika ke KLIA memikirkan mengapakah
Allah berikan saya isteri seperti ini? Sudah puas berusaha dan berdoa
supaya dia berubah dengan perubatan moden dan tradisional tapi dia
tetap sejuk.
??Kalau ditegur dia kata saya bencikan dia, kalau bercerai dia ugut
ambil anak-anak. Pada Hanisah, lakukan seks hanya untuk dapatkan anak.
Kami jarang lakukan hubungan seks, kalau terjadi pun dua atau tiga
bulan sekali. Akhirnya saya puaskan nafsu sendiri walaupun di
sebelahnya.
??Saya pernah temukan dia dengan isteri kawan-kawan saya supaya dia
boleh berkongsi pengetahuan tentang hal-hal suami isteri, tetapi dia
buat selamba aja tak berminat berkawan. Akhirnya mereka kata Hanisah
susah didampingi.
??Bila dapat dua anak keadaannya semakin teruk, pukul 10 masuk tidur,
alasan tidurkan anak-anak, tapi dia ikut tidur. Dibiar saya sendirian.
Kerana kesiankan dia sibuk dan letih menjaga anak-anak dan rumah, saya
sediakan pembantu rumah tapi dia tak berubah. Akhirnya pembantu rumah
jadi teman saya. Dia gosokkan pakaian, buatkan minuman waktu menonton
TV, dia sediakan sarapan, carikan stoking dan bersihkan kasut sewaktu
saya nak pergi kerja.
??Dialah tempat saya curahkan masalah. Oleh kerana tertekan dengan
kelakuan Hanisah, saya buat keputusan kahwin dengan pembantu rumah,
Tuti. Saya nikah di kampungnya. Saya bawa dia balik dan sediakan
sebuah rumah. Waktu itu saya rasa saya cukup bahagia hidup bersuami
isteri. Saya dilayan bagaikan raja. Dia tidak menepis, membantah apa
lagi menolak. Jiwa saya tenang, nafsu saya terjaga amal ibadat
sempurna. Layanannya amat memuaskan tidak pernah saya terima daripada
Hanisah.
??Hanisah tahu kami dah nikah. Bila dia tanya kenapa kahwin lagi, saya
katakan kerana dia tidak mahu layan saya. Dia diam. Saya tanya apakah
sejak kahwin dua dia kurang mendapat perhatian atau kurang
tanggungjawab? Katanya tidak.
??Tetapi ketika pulang ke kampung, dia beritahu emak, saya kahwin lagi
dengan pembantu rumah. Emak mengamuk, dia suruh saya berpisah tanpa
beri saya peluang membela diri. Tetapi kerana tak mahu derhaka, saya
ceraikan Tuti. Dia terima kenyataan dengan tenang sebab saya sudah
beritahu dia dari awal lagi. Tuti pulang ke kampung halamannya tanpa
anak.
??Setelah bercerai, hidup saya kembali hambar, tawar dan tidak
keharuan bukan kerana ingatkan Tuti, tetapi kerana perangai Hanisah.
Bila keadaan tidak dapat dikawal lagi, saya akan memuaskan nafsu
sendiri. Dia tidak melayan saya seperti isteri lain lakukan terhadap
suami mereka. Saya dah pergi kaunseling di pejabat agama dan jalan
terbaik berkahwin lagi. Tetapi adakah itu jalan terbaik buat saya?
Adakah insan di luar sana memahami masalah saya dan sanggup berkongsi
hidup dengan saya?
??Saya buntu memikirkannya, bagai nak gila. Saya pernah minta bantuan
keluarga Hanisah tetapi usaha mereka juga gagal. Dia tetap dingin.
Kini hati saya sudah tawar, hidup saya kosong, walaupun saya miliki
keperluan material, tapi jiwa saya sunyi. Hidup saya hanya untuk
besarkan anak.
??Sampai bilakah saya harus hidup begini, apakah jalan terbaik saya
lakukan untuk meneruskan hidup ini, supaya hati kembali ceria, jiwa
jadi tenang dan bersemangat untuk saya berjaya di dunia dan di
akhirat? Demikian luahan hati kecewa Shahrul ?Penyupower? yang sedang
menangis.
Ramaikah isteri yang dingin seperti Hanisah? Kalau dah dingin dan
enggan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri, jangan marah kalau
suami kahwin lagi.
– MAIMUNAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: