Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Diskriminasi Arab di Israel meningkat

Posted by anakkawi on December 14, 2007

TEL AVIV: Diskriminasi perkauman terhadap penduduk berketurunan Arab di Israel meningkat mendadak tahun lalu, termasuk 26 peratus kenaikan dalam kejadian antiArab.

Presiden Persatuan bagi Hak Sivil di Israel (ACRI) yang mengeluarkan laporan berhubung masalah itu, Sami Michael, berkata diskriminasi perkauman merebak pantas dan ia akan memusnahkan kebebasan sivil di wilayah itu.

“Masyarakat Israel kini mencapai ketinggian baru diskriminasi perkauman yang merosakkan kebebasan bersuara dan peribadi,” katanya.

Laporan akhbar Haaretz menyebut, bilangan penduduk Yahudi yang menunjukkan kebencian terhadap penduduk berketurunan Arab bertambah dua kali ganda.

Menurut Indeks Demokrasi Institut Demokrasi Israel pada Jun 2007, sebagai contoh, cuma sebahagian penduduk percaya Yahudi dan Arab perlu mendapat hak yang sama.

Di kalangan responden Yahudi, 55 peratus menyokong idea negara perlu menggalakkan penduduk Arab keluar dari Israel dan 78 peratus menentang kemasukan parti politik Arab dalam kerajaan.

Menurut kajian Universiti Haifa, 74 peratus belia Yahudi di Israel berasa penduduk Arab ‘tidak bersih.’

ACRI berkata, rang undang-undang yang diperkenalkan di Knesset menyumbang kepada penyisihan penduduk Arab di wilayah itu, seperti yang mengaitkan hak untuk mengundi dan menerima elaun untuk berkhidmat dalam tentera.

Mereka juga memasukkan rang yang memerlukan menteri dan ahli Knesset bersumpah untuk setia kepada negara Yahudi dan peraturan yang menetapkan 13 peratus daripada tanah milik Tabung Kebangsaan Yahudi diperuntukkan untuk penduduk Yahudi saja. � Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: