Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Seksologi

Posted by anakkawi on December 14, 2007

Seks lebih hebat jika seluruh deria digunakan

Semua pasangan suami isteri mendambakan hubungan seks yang hebat setiap malam. Namun persoalannya bagaimana mahu mendapatkannya? Selain daripada menggunakan teknik mahupun posisi yang baru, ada cara lain yang membolehkan anda menikmati seks yang hebat. Caranya adalah dengan menggunakan sepenuhnya pancaindera yang dikurniakan Tuhan. Dalam hal ini, isteri haruslah memainkan peranan.

Dipetik dari Mingguan Wanita Online 

Deria rasa
Buka selera suami dengan menyediakan hidangan lazat. Sediakan menu yang berempah, pedas yang mampu mengeluarkan keringatnya ketika makan. Makanan jenis ini dipercayai dapat membangkitkan nafsu seks. Selain itu bagi menambahkan tenaga ketika hubungan seks, apa kata hidangkan menu dari tiram. Sumber makanan ini kaya dengan zat besi yang bukan saja baik untuk kesihatan tapi juga bakal menambah tenaga batin. Tapi awas, dalam memenuhi deria rasa suami dengan makanan yang enak pastikan anda tidak membiarkan si dia melahap dengan banyak. Jika tidak suami pasti mengantuk dan acara seks yang hebat pada malam itu pastinya tidak kesampaian.

Deria sentuhan
Setelah siap makan dan beristirahat, inilah masanya untuk anda mempergunakan sepenuhnya deria sentuhan seorang isteri. Banyak cara yang boleh digunakan, namun yang paling berkesan untuk membangkitkan ghairah suami pastinya urutan sensual. Urutan lembut ketika perut suami sudah kenyang dan juga dalam keadaan relaks sudah tentu bakal membuatkan dirinya cepat terangsang. Selain itu tak salah juga kalau sambil suami berehat menonton televisyen anda membelai rambut dan wajahnya. Sentuhan kasih sayang ini juga sebenarnya amat didambakan oleh suami dari isterinya.

Deria bau
Jangan padamkan nafsu suami dengan bau badan ataupun bau bawang hasil masakan anda. Oleh itu sebaiknya sebelum berdua-duaan dengan suami, bersihkan diri anda. Mandi dan kenakan wangian yang mampu menawan suami. Tapi, bukan tubuh saja yang perlu wangi, bilik juga harus diisi dengan bau-bauan yang menyenangkan. Anda boleh menggunakan lilin aroma terapi wangian musk atau vanila. Musk dikatakan aroma yang mirip feromon (aroma asli seksual) manusia.

Penggunaannya mampu mengundang selera suami untuk persembahan yang lebih mantap.
Wangian vanila yang manis seperti menyambut aura kebahagiaan. Jangan hairan kalau wangian ini mampu membuatkan nafsu si dia menggebu. Ghairah seks yang mungkin awalnya di tahap bawah mampu melonjak naik kerana aroma vanila mampu merangsang terus ke pusat saraf.

Deria pendengaran
Agar tumpuan suami tidak lari, matikan saja televisyen sebaliknya putarkan muzik lembut yang mampu membuatkan dirinya tersenyum mendengarkan. Putarkan lagu-lagu romantis kesukaan anda dan suami tatkala bercinta dulu. Ini pasti mengimbas kembali nostalgia lama yang indah. Momen-momen yang indah antara anda berdua pasti akan membangkitkan perasaan kasih sayang, cinta dan tak terkecuali ghairah untuk bersama.

Deria penglihatan
Yang satu ini mungkin sudah ramai yang tahu bagaimana untuk menggunakannya. Apa lagi yang mampu menawan penglihatan suami selain daripada penampilan yang seksi. Kenakan baju tidur polos agar bentuk tubuh anda dapat dilihat secara samara-samar. Inilah yang bakal membuatkan suami seakan tidak sabar untuk bersama dengan anda.

Mingguan Wanita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: