Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Tikus kini tak takut kucing

Posted by anakkawi on December 14, 2007

Oh, ade gak saintis yg wat kajian genetik utk memastikan agar tikus tak takut pada kucing? Tapi di Malaysia nih kita xperlu menghabeskan duit dan tenaga utk membuat kajian seperti ini, kerna menggunakan teknik psikologi, tikus malaysia memang dah tak takut pada kucing. Sedar atau tidak, kadangkala kucing yang takut pada tikus, mungkin sbb tikus Malaysia besar anak kucing, maka kucing-kucing kini menyangka tikus itu sebagai kawan dan teman bermain….

🙂

Berita penuh…

TOKYO: Permusuhan antara kucing dan tikus mungkin hanya tinggal sejarah selepas saintis Jepun mengubah suai genetik tikus.

Tanpa unsur genetik itu, kata saintis Jepun, tikus tidak menunjukkan tanda ketakutan terhadap spesis kucing, satu perkembangan yang mungkin menghapuskan kelakuan mamalia dan ketakutan semula jadi.

Saintis di Universiti Tokyo berkata, mereka menggunakan kejuruteraan genetik untuk menukarkan naluri tikus yang takut dengan bau atau kehadiran kucing.
Ini menunjukkan bahawa ketakutan adalah warisan genetik dan bukan dipelajari melalui pengalaman seperti yang diketahui.

“Tikus secara semula jadi takut dengan kucing dan biasanya panik atau lari jika menghidu baunya.

“Tetapi, tikus dengan sesetengah sel nasal (hidung) yang dikeluarkan menerusi kejuruteraan genetik tidak menunjukkan tanda-tanda ketakutan,” kata ketua kumpulan penyelidik, Ko Kobayakawa.

Dalam eksperimennya, tikus yang diubah suai sel secara genetik menghampiri kucing, malah menggeselkan badannya serta bermain dengan ‘musuh’ mereka.

Kobayakawa juga berkata, deria penglihatan tikus yang tidak baik menyebabkannya lebih bergantung kepada bau.

Bagaimanapun, uji kajinya tidak mengukur perbezaan tikus lebih takut berdasarkan penglihatan atau bunyi tertentu. � AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: