Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Alice Walker

Posted by anakkawi on December 18, 2007

Sastera.com: Alice Walker perjuang nasib wanita kulit hitam

Oleh Farhatul Aishati Shamsuddin

LAMAN Web http://www.luminarium.org/contemporary/alicew/membongkar rahsia penerima Anugerah Pulitzer (Kesusasteraan) 1983, Alice Walker yang pernah menghasilkan dua karya kontroversi, The Temple My Familiar, 1989 dan Possessing Secret Joy (1992), dengan mengambil isu wanita berkhatan di Afrika.

Walker, penulis wanita kulit hitam yang kerap mengetengahkan isu feminisme, seksisme, perkauman dan kemiskinan menerima anugerah terbabit melalui karya The Color Purple, turut menulis Everyday Use (1973), In Love and Trouble: Stories of Black Women (1973), Meridian (1976) dan Prossessing the Secret of Joy (1992).

The Color Purple adalah naskhah ringkas mengenai penganiayaan wanita kulit hitam dan Walker menulis novel terbabit dalam usahanya memperjuangkan nasib wanita kulit hitam selain ditulis berdasarkan pengalamannya membesar di kawasan perkampungan bahagian selatan, Georgia.
Pengarang ini memperjuangkan nasib wanita tanpa pelajaran di perkampungannya lewat novel terbabit dengan harapan ia dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka agar menuntut hak mereka dengan mengetengahkan watak Celie yang mengalami perubahan dalaman diri.

Celie, wanita kulit hitam digambarkan mampu bangkit sebagai wanita berkeyakinan, berdikari dan usahawan berjaya meskipun pernah melalui zaman kanak-kanak yang penuh penderitaan dan sentiasa mengadu kepada Tuhan dengan menulis surat kepada-Nya bagi berkongsi kisah kehidupannya sebagai anak, isteri mahupun ibu.

The Color Purple turut dikategorikan sebagai karya yang memantulkan sejarah penindasan dan penderitaan wanita berpunca daripada sikap lelaki selain novel ini tampil hebat kerana adanya kepiluan di samping pengucapan masyarakat kulit hitam turut diselitkan.

Laman ini turut memperakukan pengarang ini sebagai sasterawan yang terkenal dengan isu kehidupan wanita Afrika-Amerika, memperjuangkan nasib kulit hitam yang dibelenggu kemiskinan, seksisme, malah kehidupan kekeluargaan, masyarakat, harga diri dan kerohanian turut mendapat sentuhan daripadanya.

Pasti ramai yang tidak menyedari bahawa Walker yang dilahirkan sebagai Alice Malsenior Walker, di Eatonton, Georgia, Amerika Syarikat pada 9 Februari 1944, anak kepada Willie Lee dan Minnie Lou Grant Walker, sebenarnya rabun sebelah mata akibat ditembak oleh abangnya.

Pengajian awalnya bermula di Kolej Spelma, Atlanta, Georgia, institusi yang menempatkan golongan wanita berkulit hitam, sebelum beliau menyambung pengajiannya di Kolej Sarah Lawrence, New York dan menyertai program pertukaran pelajar ke Afrika.

Kerjaya Walker sebagai penulis bermula pada 1968 apabila koleksi puisinya, Once diterbitkan selain pernah berkhidmat sebagai pengajar di Kolej Jackson State sehingga 1969 dan Kolej Tougaloo (1970 hingga 1971) manakala tema awal karyanya dalam genre puisi, novel serta cerita pendeknya merangkumi isu rogol, keganasan, pengasingan mahupun perkauman.

Novel pertamanya, The Third Life of Grange Copeland yang diterbitkan pada 1970, memaparkan keganasan lelaki tiga generasi terhadap keluarga kulit hitam yang miskin di bahagian selatan (Copelands) sambil mengangkat masalah sosial dan penderitaan wanita.

Penyumbang CLA Journal, Peter Erickson menyifatkan novel realisme itu sebagai fakta berhubung kemiskinan keluarga, penindasan oleh kuasa jahat sekali gus memberi tamparan hebat kepada lelaki kulit hitam yang dilabelkan Walker sebagai ganas.

Keterbukaan Walker berhubung pandangannya terhadap lelaki kulit hitam dalam sebahagian besar karyanya meletuskan kemarahan kaum lelaki kulit hitam apalagi apabila beliau berulang kali menyebut lelaki sebagai penyumbang kepada penderitaan wanita kulit hitam sehingga beliau dikritik hebat.

Selain menerima Anugerah Pulitzer, beliau juga menerima Anugerah O Henry pada 1986 melalui cerita pendeknya, Kindred Spirits, Anugerah The Lilian Smith, Anugerah The Rosenthal, Anugerah The Front Page untuk Majalah Critism Terbaik.

Pada 6 Disember 2006, Gabenor California mengabadikan Walker dalam California Hall of Fame di Muzium Sejarah, Wanita dan Seni California manakala maklumat mengenai penulis ini turut boleh dicapai di http://aalbc.com/authors/alice.htm, http://womenshistory-about/:com/od/alicewalker/a/alice_walker.htm (Laman web yang ni aku xtau wujud ke tidak, atau mungkin masa penulis asal edit artikel ini, terdapat sedikit kesilapan yang tidak disengajakan…).

Diperoleh dari Berita Harian Online 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: