Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Buat Ibu Bapa

Posted by anakkawi on December 19, 2007

Hati

Usah gaduh depan anak

Oleh Noriah Idris
noriah@hmetro.com.my


ADA kalangan anak-anak suka mengeluarkan perkataan agak kasar dan celupar sehingga membuatkan ibu bapa malu bahkan tersinggung apatah lagi jika dituturkan di khalayak ramai.

Secara tidak langsung, ini memberi gambaran ibu bapa kurang memberi didikan moral kepada anak sehingga menyebabkan si kecil boleh mengeluarkan perkataan sedemikian.

Mungkin ada ibu bapa yang mengambil tindakan drastik seperti mencubit atau merotan dengan niat mahu memberi amaran supaya si anak tidak mengulangi perbuatan itu.

Bagaimanapun, bagi si anak, tindakan keras ibu bapa dianggap tidak bertimbang rasa dan kejam sehingga ada ibu bapa yang diancam dengan sumpah seranah.

Rentetan dari itu, segelintir anak yang mendapat teguran atau dimarahi itu cuba mengelakkan diri daripada melakukan kerja yang disuruh oleh ibu bapa kononnya mahu memberontak terhadap tindakan kasar ibu bapa.

 

Justeru, bagi ibu bapa, apa yang harus dilakukan kerana trend anak zaman sekarang berbeza berbanding kanak-kanak dahulu?

Pensyarah Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur Infrastructure Universiy College (KLIUC), Ustaz Azman Ahmad, berkata anak-anak yang mempamer tingkah laku sedemikian boleh dielakkan jika ibu bapa bijak mengawal mereka.

“Tingkah laku anak yang mengeluarkan kata-kata celupar mungkin disebabkan pengaruh keturunan atau terpengaruh dengan ibu bapa sendiri yang gemar mengeluarkan kata-kata sedemikian.

“Misalnya jika berlaku pertengkaran antara suami isteri, ibu atau bapa mengeluarkan kata-kata celupar dan tidak menyenangkan menyebabkan anak-anak meniru perbuatan itu.

“Kanak-kanak memang suka meniru sehingga kadang kala menjadi kebiasaan.

“Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati dan jangan mengeluarkan kata-kata celupar atau mencarut apabila bertengkar jika tidak mahu anak-anak meniru perbuatan mereka,” katanya.

Beliau yang juga pemilik Smartmind Resourses, sebuah konsultan dan motivasi berkaitan keibubapaan dan keagamaan, berkata dalam banyak keadaan ibu bapa bersalah kerana gagal membentuk keperibadian murni anak.

Menurutnya, ibu bapa perlu menunjukkan teladan baik di hadapan anak dengan memberi contoh terpuji supaya anak tidak berani mengeluarkan perkataan yang menjatuhkan moral.

Mereka juga perlu diajar membezakan tingkah laku baik dan buruk kerana pemikiran anak belum mencapai kematangan.

Ibu bapa perlu menyediakan beberapa contoh bagi mendapat gambaran yang lebih jelas.

Azman berkata, jika mahu membentuk tingkah laku anak, ia perlu dilakukan ketika kecil.

Sebagai orang tua, mereka idola anak sama ada tingkah laku atau perbuatan, justeru apabila mahu melakukan sesuatu berfikir dua kali sama ada ia boleh memudaratkan si anak.

“Jika mahu melentur buluh, biar masa rebungnya kerana apabila menjadi buluh, memang susah apatah anak-anak zaman siber memang mudah mengikut perbuatan yang negatif

“Saya menasihatkan ibu bapa mempamerkan sikap yang terpuji kerana jika mereka meniru perbuatan baik orang tua, masalah mengeluarkan perkataan celupar atau mencarut tidak timbul,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: