Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Semenanjung Malaysia Kene Bala?

Posted by anakkawi on December 19, 2007

Seingat aku inilah kali pertama Semenanjung Malaysia ditimba bencana besar. Banjir yang asik berulang, seolah-olah segan nk surut. Walaupon kejadian banjir di pantai timur itu biasa berlaku, tapi ini kali pertama banjir besar yang agak lama melebihi tempoh 2 minggu. Jika tahun-tahun sebelum ini, bencana yang melanda seolah-olah mengelakkan Semenanjung Malaysia, namun kali ini ia tidak mengelak lagi. Mungkinkah kita semua dah kurang berdoa? Kerna seingat aku para guruku mengajarkan bahawa doa itu boleh menolak bala. Ribut Greg pernah berlaku di Sabah, Tsunami menimpa Acheh. Gempa Bumi melanda Indonesia. Semuanya berlaku saat tahun baru hampir menjelang. Pernah seorang sahabat menyatakan, ketika di penghujung tahun ini adalah musim bencana. Namun semua itu adalah teori. Kita yang hidup ini perlulah mengambil iktibar dan pengajaran. Walau apa pon yang berlaku, ingatlah bahawa semua itu adalah petunjuk dan ujian daripadaNYA…

Tiada tanda surut — 40,000 mangsa banjir dijangka sambut Aidiladha di pusat pemindahan

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Banjir yang melanda beberapa negeri sejak dua minggu lalu belum menunjukkan tanda-tanda akan surut dengan hampir 40,000 mangsa dijangka terpaksa menyambut ketibaan Aidiladha di pusat-pusat pemindahan.

Malah keadaan banjir di Pasir Mas dan Tumpat di Kelantan serta Temerloh, Pahang semakin buruk dengan jumlah mereka yang dipindahkan di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 33,447 orang.

Korban banjir di kedua-dua negeri itu juga meningkat dengan Pahang mencatat 11 kematian manakala di Kelantan meragut 14 nyawa.

Beberapa buah negeri Pantai Timur terutama Pahang pula diletakkan dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir akibat fenomena air pasang besar bermula Ahad ini.

Di Pahang walaupun jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan menurun namun keadaan tidak banyak berubah dengan Pekan terus ditenggelami air.

Bagi hampir 40,000 mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan, ketibaan Hari Raya Aidiladha, Khamis ini pasti tidak membawa apa-apa makna kerana harta benda dan kediaman mereka semuanya rosak ditenggelami banjir.

Di Kelantan, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri memberitahu, jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan di negeri itu setakat ini adalah 10,693 orang berbanding 7,395 orang semalam.

Di Pasir Mas dan Tumpat, lebih ramai mangsa banjir dipindahkan berikutan limpahan air Sungai Golok yang masih di paras bahaya.

Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas kini adalah 8,362; Tumpat (2,054); Tanah Merah (163) dan Kota Bharu (114).

Di Kedah, banjir yang mula melanda negeri itu semalam menyebabkan 1,612 penduduk daripada 383 keluarga di daerah Padang Terap, Kubang Pasu, Sik dan Baling dipindahkan.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri Kedah, setakat pukul 4 petang ini mangsa banjir yang paling ramai dipindahkan ialah dari daerah Padang Terap membabitkan 1,385 orang daripada 308 keluarga.

Menurutnya, seramai 179 mangsa daripada 43 keluarga dalam daerah Kubang Pasu turut dipindahkan sementara di Sik pula 34 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan dan Baling 140 mangsa.

Di Pahang, kebanyakan daerah termasuk Pekan, daerah paling terjejas dilanda banjir, menunjukkan penurunan mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan kecuali Temerloh, mencatatkan peningkatan.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, seramai 22,754 orang masih ditempatkan di 148 pusat pemindahan sehingga pukul 5 petang ini berbanding 23,026 pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir di Temerloh kini seramai 4,576 orang; Bera (2,257); Pekan (9,532); Maran (3,223); Rompin (1,959) dan Kuantan (1,207).

Katanya, jalan utama Pekan-Rompin iaitu KM19; KM8 Rompin-Muadzam Shah, laluan Kuantan-Segamat dan Temerloh- Triang masih ditutup kepada semua kenderaan.

Terputus

Selain banjir, penduduk di Kampung Permatang Rendan, Cherok Paloh, Kuantan juga berdepan dengan masalah terputus bekalan elektrik sejak malam semalam.

Di Johor, bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini menurun kepada 3,021 berbanding 4,643 orang pagi tadi.

Penurunan tertinggi adalah di Johor Bahru iaitu seramai 1,465 daripada 1,695 orang yang dipindahkan kerana banjir kilat telah kembali ke rumah masing-masing manakala di daerah lain adalah 1,515 (Muar); 1,195 (Segamat); 18 (Kota Tinggi).

Di Sibu, Sarawak, seramai 19 mangsa banjir dari kawasan sekitar bandar yang dipindahkan ke Sekolah Menengah Teknik dibenarkan pulang hari ini selepas paras air di kediaman mereka surut sejak semalam.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak setinggi tiga meter yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak, Labuan dan barat Sabah dijangka berterusan sehingga 29 Disember ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: