Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

~KELEBIHAN SEORANG WANITA~

Posted by anakkawi on December 20, 2007

Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 orang wali

Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 lelaki soleh

Seorang wanita yang jahat adalah lebih
buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat

2 rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil

Wanita yang memberi minum susu dada
kepada anaknya akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya

Wanita yang melayan dengan baik suami
yang pulang ke rumah didalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad

Wanita yang habiskan malamnya dengan
tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba

Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat

Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan
bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat daripada yakut

Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat

Wanita yang memerah susu binatang
dengan “bismillah” akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan

Wanita yang menguli tepung gandum
dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya

Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah

Wanita yang menjaga solat, puasa dan
taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka

Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada sianghari

Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari

Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji

Sekiranya wanita mati dalam masa 40
hari selepas bersalin,dia akan dikira
sebagai mati syahid

Jika wanita melayan suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat

Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-
malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya

Jika wanita memberi susu dadanya
kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat
dan puasa

Jika wanita memicit suami tanpa
disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami
bila disuruh akan mendapat pahala 7
tola perak

Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki syurga

Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat

Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada
wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: