Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Ketika KhatibMembaca Doa

Posted by anakkawi on December 20, 2007

Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membaca Doa

Berdoa sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi s.a.w.. Akan
tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdoa di mimbar hendaklah
menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah
seorang sahabat (‘Umranaarah ibn Ru’aibah) telah mengutuk seorang khatib
(Bishr ibn Marwan) yang berdo’a sambil mengangkat tangan dan berkata:

قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ
بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

“Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah s.a.w.
melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya: dan di mengisyaratkan jari
telunjuknya” (Hadith Riwayat Muslim, no. 874 dan Abu Daud, no. 1104)

Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini: ini menunjukkan
adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan
sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith
ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang
berimamkan dia.

Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh:

رفع اليدين غير مشروع في خطبة الجمعة ولا
في خطبة العيد لا للإمام ولا للمأمومين ،
وإنما المشروع الإنصات للخطيب والتأمين
على دعائه بينه وبين نفسه من دون رفع صوت

“Mengangkat tangan tidak disyara’kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid,
samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo’a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN).” (Majmu’ Fataawa wa
Maqaalaat Mutanawwi’ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339)

Kesimpulannya pandangan diatas adalah benar. Seseorang itu dibolehkan
mengaminkan do’a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri
sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: