Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

~WANITA CIPTAAN ISTIMEWA~

Posted by anakkawi on December 20, 2007

1. Kecantikan seorang wanita ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan
(menjaga) malunya, sementara kegagahan
seorang lelaki ialah terletak sejauh
mana ia dapat menahan (menjaga)
marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang
yang belum menemukan penghibur duka
dan dia baru memperolehinya dengan
berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari
kebahagiaan hidup dengan menghilangkan
sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak
permasalahan; sebahagian diatasi
dengan berkahwin dan sebahagian yang
lain diatasi setelah dia masuk ke
liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga
harus diwaspadai adalah mata kaum
wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri
anda kerana perasaannya yang terbaik
ialah ketika ia menerima anda sebagai
suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang
kehilangan kesempatan menyusahkan
seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari
dunia ini hanyalah seorang suami,dan
apabila ia sudah memperolehinya, ia
menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu
pengkhianatan suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti
apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan
akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal
seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia
hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita
kerana hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita
bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki
dalam menangis dan dalam mengingatkan
peristiwa yang menyebabkan dia
menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan
menangis apabila ia menginginkan
sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang
wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam
mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia
halus dan lembut sampai saat dia
berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup
bahagia tanpa didampingi oleh isteri
yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia
dengan cinta, sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di
dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana
menambahkan gula pada kalimatnya
setiap kali berbicara dengan suaminya,
dan mengurangi garam pada ucapan
suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin
termahal di dunia, sebab mengharuskan
pemberinya mengingatkan harganya
setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang
sangat cantik, yang ada ialah kaum
lelaki yang sangat lemah bila
berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali
mati ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk
dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki
banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkahwinan,
perempuan berbicara dan pengantin
lelaki mendengarkan. Sesudah
perkahwinan, suami dan isteri banyak
berbicara dan para jiran tetangga
mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata.
Adapun wanita yang cemburu berlebihan
mempunyai tiga mata. Satu di sebelah
kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan
tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi
saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan
setia kepada suami meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi
kesulitan apabila ia berada di antara
lelaki yang dicintainya dan yang
mencintainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: