Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted by anakkawi on December 21, 2007

AWANG tidak selesa dengan kenyataan Presiden MIC, S. Samy Vellu berhubung isu demonstrasi haram Hindraf menerusi wawancara dengan RTM, malam semalam.Menurut Samy, demonstrasi tersebut sedikit sebanyak menjejaskan kesetiaan masyarakat India kepada kerajaan.

Ligat fikiran Awang menafsir kenyataan tersebut. Ia menampakkan Samy seolah-olah bersimpati dengan Hindraf sepertimana persepsi banyak pihak kerana beliau tidak pernah membidas keras kumpulan itu.

Begitu juga dengan isu beliau campur tangan merayu pembebasan sekumpulan penyokong Hindraf (didakwa atas cubaan membunuh polis), yang mencetuskan reaksi negatif di akar umbi.

Janganlah bercakap seolah-olah tindakan Hindraf adalah suara keseluruhan kaum India termasuk MIC, melainkan jika itu yang tersirat.

Sepatutnya sebagai pemimpin India dalam kerajaan, beliau perlu lebih berani dan lantang menentang pelampau kaum itu.

Sedangkan para pemimpin Melayu dalam kerajaan selama ini mengambil risiko memerangi ekstremisme dan pelampau Islam sehinggakan Melayu kelihatan berpecah demi menjaga keharmonian semua kaum.

Awang – Tak suka main wayang.

Diperoleh dari Utusan Malaysia Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: