Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Buku lengkap tentang solat sunat

Posted by anakkawi on December 21, 2007

“SUDAH buat yang wajib pun dah dikira baik daripada tidak buat langsung.” Itulah rungutan yang kerap didengar di kalangan umat Islam pada hari ini yang merasakan memadai untuk mereka melaksanakan segala solat yang wajib tanpa perlu menambah amal ibadah dengan amalan-amalan solat sunat yang lain.

Solat, sebagaimana yang diketahui ramai, merupakan wasilah perhubungan antara kita dengan Allah s.w.t., selain ketetapan yang difardhukan. Ia juga merupakan jalan untuk mendapatkan kerahmatan dan keredaan-Nya.

Kerahmatan dan keredaan Allah s.w.t. bukan sahaja terletak kepada kesempurnaan ibadah solat tetapi dilihat juga kepada kekerapan seorang hamba itu bersolat. Lebih banyak dia bersolat, maka lebih banyak dia berhubung dengan Allah dan lebih banyaklah kebaikan yang diperoleh.

Solat fardu telah ditetapkan bilangan rakaat dan waktunya. Tidak boleh ditambah bilangan rakaatnya dan tidak sah dilaksanakan bukan pada waktu yang telah ditetapkan. Oleh itu, untuk menambah solat kita maka lakukanlah solat sunat.

Solat sunat secara tidak langsung memperlihatkan sejauh mana seseorang hamba itu ikhlas dalam melaksanakan amal ibadah kepada Allah. Sebagai contoh, hanya orang yang ikhlas sahaja yang akan melakukan solat sunat tanpa dipaksa, kerana solat sunat bukanlah perkara yang wajib diamalkan.

Selain itu, solat fardu yang kita lakukan belum tentu sempurna seperti yang dikehendaki Allah s.w.t. kesempurnaan dan kecacatan solat fardu dapat ditampung dengan solat sunat. Jika kita ada melakukan solat-solat sunat, maka akan diambil daripada solat sunat itu untuk menyempurnakan segala kekurangan pada solat wajib. Sebaliknya, apabila kita tidak melakukan solat sunat, maka solat fardu akan kekal cacat atau tidak sempurna kerana tiada penampal yang dapat menyempurnakan kekurangan solat fardunya.

Di samping itu, ramai juga yang tidak menyedari bahawa terdapat fadilat-fadilat yang sangat istimewa sekiranya solat sunat tertentu diamalkan secara berterusan. Sebagai contoh, solat sunat Dhuha dikatakan dapat menyembuhkan penyakit sendi dan memurahkan rezeki pengamalnya, manakala solat sunat Wuduk sangat mujarab sebagai penyeri wajah agar sentiasa dipandang cantik oleh sesiapa yang melihatnya.

Bagi penghidap penyakit kronik pula, solat Tahajud ialah salah satu pilihan terbaik yang boleh diamalkan dalam membantu proses penyembuhan penyakit tersebut. Malah, untuk mendapatkan keberkatan rumah tangga, solat sunat Rawatib (iaitu solat sunat yang mengiringi solat fardu – solat sunat Qabliah dan Ba’diah) ialah amalan terbaik yang wajar dipraktikkan.

Melihat kepada betapa besarnya fadilat solat sunat, Abdul Rahman Mohamed mengambil inisiatif untuk menulis sebuah buku bertajuk Solat Sunat: Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini bagi membuka mata umat Islam di Malaysia mengenai kepentingan mengamalkan solat sunat.

Uniknya buku keluaran Telaga Biru ini, berbeza dengan buku panduan solat sunat lain yang terdapat di pasaran. Buku Solat Sunat: Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini bukan sahaja menerangkan panduan mengamalkan solat sunat, tetapi turut menghuraikan secara terperinci hikmah serta fadilat yang bakal diperoleh oleh mereka yang mengamalkannya.

Buku berkulit keras berharga RM29.90 (Semenanjung / RM31.90 di Sabah dan Sarawak) ini turut dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah masyarakat dalam menjalani ibadah solat sunat serta jalan penyelesaiannya.

Buku ini turut dilengkapi gambar-gambar bagaimana melaksanakan solat-solat sunat tertentu bagi memudahkan pembaca untuk lebih memahami kandungan buku ini secara praktikal. Untuk maklumat lanjut layari http://www.telagabiru.net.my atau hubungi 0362754070.

Tajuk Buku: Solat Sunat: Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini

ISBN: 978-983-3494-87-3.

Pengarang: Abdul Rahman Mohamed

Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Harga: RM29.90 (Semenanjung); RM31.90 (Sabah & Sarawak)

Diperoleh dari Utusan Malaysia Online 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: