Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Draf Perlindungan Data Peribadi dijangka dibentang tahun depan

Posted by anakkawi on December 21, 2007

PUTRAJAYA 19 Dis. – Draf Perlindungan Data Peribadi(PDP) yang bertujuan melindungi dan mengawal selia maklumat peribadi individu dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berkata, draf rang undang-undang itu kini hampir siap.

“Ia sudah hampir siap dan akan dibentangkan ke Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak menyarankan agar diwujudkan Akta Perlindungan Data Peribadi berikutan kontroversi perkhidmatan maklumat kredit yang dikeluarkan syarikat Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) yang menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak.

Sementara itu, Lim berkata, walaupun sektor telekomunikasi telah diswastakan, pemilik syarikat masih perlu meningkatkan keupayaan masing-masing dengan memanfaatkan semua teknologi baru untuk memperluaskan perkhidmatan mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Lim berkata, sistem penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik perlu dipertingkatkan bagi menjamin dan mengelakkan kejadian gangguan bekalan elektrik di masa depan.

“Pegawai kementerian bersama Suruhanjaya Tenaga perlu mengkaji semula kebergantungan kepada sumber gas untuk menjana elektrik memandangkan sumber gas yang semakin berkurangan,” katanya.

Katanya, sumber bahan api perlu dipelbagaikan dengan menumpukan kepada sumber hidro pada masa hadapan.

– Bernama

Diperoleh dari Utusan Malaysia Online 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: