Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Kaji semula sistem bayaran PTPTN

Posted by anakkawi on December 21, 2007

BARU-baru ini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaporkan bahawa mereka sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakan sistem pembayaran pinjamannya ketika peminjam masih dalam sesi pengajian.


Langkah itu bertujuan mengelak pelajar menanggung hutang lebih tinggi dan mengelakkan jumlah pinjaman tertunggak semakin meningkat. Menerusi sistem yang dijangka dilaksanakan dalam masa beberapa tahun lagi itu adalah sama seperti dilaksanakan syarikat perbankan yang menawarkan pinjaman bagi tujuan melanjutkan pelajaran ke peringkat institut pengajian tinggi (IPT).

Mahasiswa kini sudah menjadi generasi yang berhutang sebelum mendapat pekerjaan. Sebelum ini, PTPTN sudah mengorak langkah baru dengan membebankan ibu bapa dengan syarat baru iaitu bagi setiap pelajar yang ingin mendapatkan pinjaman, mereka perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebelum usia mereka 18 tahun.


Terma yang menyusahkan pula apabila ibu bapa berpendapatan bawah RM2,000 sebulan perlu mempunyai akaun RM500 dalam SSPN anaknya, manakala ibu bapa berpendapatan lebih RM2,000 perlu ada RM3,000 dalam akaun SSPN bagi melayakkan anak mereka memohon PTPTN.

Dalam keluhan seorang ibu ‘Roslani Sulaiman’ dalam suratnya pada ruangan ini, baru-baru ini menyatakan sebagai ‘membebankan dan boleh menjerat orang tua.’

Inilah akibatnya apabila setiap benda kita menjadikan ia sebagai sumber keuntungan. Maka, matlamat untuk melahir modal insan berdaya saing untuk memajukan negara menjadi terbantut apabila generasi baru menjadi generasi berhutang.

PTPTN seharusnya melakukan kajian bagaimana untuk memudahkan pelajar, bukannya menjadi beban pelajar yang terpaksa memikirkan bagaimana untuk membayar balik pinjaman sebelum tamat pengajian. Cadangan ini secara tidak langsung sebenarnya membebankan ibu bapa.


Seandainya cadangan ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya lebih ramai mahasiswa menjadi tidak fokus kepada pengajiannya. Akibatnya ramai mahasiswa akan bekerja sambilan di luar kampus.

Kita tidak dapat menyalahkan mahasiswa kerana melanggar peraturan dengan bekerja di luar. Ia adalah kerana keadaan terdesak untuk membayar pinjaman yang membebankan mereka. Akibatnya graduan universiti yang dilahirkan adalah kurang berkualiti.

Kita berasa pelik dengan PTPTN. Sudah lama pelbagai pihak mencadangkan agar sistem riba tiga peratus yang dikenakan untuk membayar pinjaman ini ditukar kepada sistem mengikut syarak.

Sudahlah pelajar dipaksa berhutang, pelajar juga terpaksa mengikut sistem pinjaman riba ini yang jelas bertentangan dengan syarak.

Sekurang-kurangnya PTPTN perlu serius untuk menukar sistem berasaskan riba ini kepada yang lebih berlandaskan syariat. Tambahan pula majoriti mahasiswa adalah mereka yang beragama Islam.

Sewajarnya pendidikan menjadi alat untuk memajukan negara secara holistik. Bukanlah menjadi alat untuk mengejar keuntungan.

MOHD FIRDAUS MOHAMED KHAIRI,
Timbalan Presiden Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM), Kompleks Anjung Rahmat,
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Diperoleh dari Berita harian Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: