Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Kesamarataan dalam Islam

Posted by anakkawi on December 21, 2007


Oleh M. JASNI MAJED

HARI RAYA Aidiladha yang disambut secara sederhana tentulah membawa pengertian yang besar bagi semua umat Islam. Walaupun sesetengah negeri yang sepatutnya disambut secara meriah terutamanya di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, tetapi oleh sebab suasana banjir, sambutannya dibuat secara sederhana.

Apa-apa pun keadaannya, konsep korban seperti yang dituntut oleh Islam tentunya tidak diabaikan. Ibadah penyembelihan tetap dilakukan. Amalan ziarah-menziarah tetap wujud terutamanya bagi negeri-negeri yang menyambut perayaan ini secara meriah. Ketupat rendang tetap ada malah ada yang mengambil cuti panjang untuk turut sama meraikan Aidiladha bersama keluarga di kampung.

Paling penting di sini ialah pengorbanan yang dilakukan oleh sesetengah pihak demi menunaikan tanggungjawab terhadap agama dan sesama manusia. Berkorban luas pengertiannya, bukan dalam konteks zaman dahulu sahaja tetapi sampai sekarang pun definisinya cukup luas.

Korban merupakan satu ibadah yang memperlihatkan kepatuhan kepada Allah s.w.t. Dalam surah al-Haj ayat ke 37 Allah berfirman: Tidak akan sampai daging dan darahnya kepada Allah, hanya yang sampai kepada Allah ialah takwa daripada kamu.

Oleh hal demikian, bagi mereka yang mampu bolehlah berkorban untuk kebaikan dan juga memastikan agihan korban itu dapat dinikmati oleh mereka yang sesuai menerimanya.

Sesetengah negara, ada penduduknya yang hanya makan daging sekali sahaja dalam setahun iaitu semasa dilakukan sembelihan korban. Bagi negara kita yang kebanyakan penduduk Islamnya berkemampuan, pengorbanan yang dilakukan dapat juga mengimbangi ekonomi dan taraf hidup.

Bagaimanapun, tidak semua penduduk di negara kita yang berpeluang menikmati makanan yang mewah-mewah seperti daging dan sebagainya. Ibadah korban inilah merupakan masa yang sesuai untuk menyamaratakan kedudukan dan memberi peluang kepada golongan tersebut menikmati apa yang dinikmati oleh golongan berkemampuan.

Dalam surah al-Kausar, Allah berfirman: Sesungguhnya Kami memberikan kepada engkau kebaikan yang banyak. Sebab itu, sembahlah Tuhan engkau dan berkorbanlah.

Kesimpulannya, di samping bersuka ria pada Hari Raya, kita sebagai umat Islam perlu menyedari bahawa tidak semua bernasib baik di dunia ini. Pengorbanan tidak kira sama ada dalam harta benda dan tenaga sangat penting demi memastikan wujudnya keseimbangan dalam hidup.

Paling pentingnya, kita mestilah bersyukur dengan nikmat yang kita peroleh, dimurahkan rezeki dan senang mencari rezeki sehingga kita dapat menjalankan ibadah korban.

Diperoleh dari Utusan Malaysia Online 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: