Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Ketagih Merokok

Posted by anakkawi on December 21, 2007

Walaupon aku xhisap rokok, tapi aku tau org2 yg hisap rokok nih memang susah nak berhenti. Sbb dulu pon aku penah gatal gi hisap rokok. Kene sebatang mmg gian 3-4 hari. Cuma sapa2 yg ada kesedaran tu hisap la rokok daun nipah tu. Macam org2 tua suka. Bau dia pon xla busuk mcm hisap rokok biasa. Sekuran-kurangnye panjang sket umo tu. Heheh..

Berhenti rokok perlu kesedaran tinggi


SEJUMLAH 39,725 perokok dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap kanser paru-paru, jantung dan angin ahmar sejak 2002 hingga tahun ini. Ia angka yang membimbangkan jika gejala merokok tidak dibendung hingga ke akar umbi.

Kerajaan membelanjakan wang yang banyak menerusi pelbagai program tetapi tahap kesedaran yang rapuh di kalangan masyarakat menyebabkan gejala ini masih berterusan.

Umum menyedari bahawa tabiat merokok sememangnya sudah sinonim dengan segala bentuk penyakit berbahaya. Ia berikutan kandungan beberapa bahan yang terkandung dalam rokok boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan manusia.


Setiap sedutan dan hembusan asap rokok mempunyai implikasi negatif, bukan saja bagi perokok tetapi juga orang yang berada di sekelilingnya.

Namun, ketika pelbagai ikhtiar dilaksanakan, kita masih lagi buntu untuk menangani masalah ini. Kita sedia maklum bahawa kerajaan amat prihatin dengan masalah ini dan sentiasa bertindak proaktif bagi memastikan kesedaran masyarakat berada pada tahap tinggi.

Ada pelbagai kempen yang dilaksanakan gara-gara mahu masyarakat sedar tabiat merokok ini sememangnya berbahaya dari sudut kesihatan.

Terbaru adalah melalui pengenalan Program Doktor Muda peringkat sekolah untuk mendidik pelajar sekolah berkaitan kesihatan dan memberi kesedaran mengenai kesan buruk akibat merokok. Jika sebelum ini ada yang mengaitkan hubungan di antara harga rokok dan cubaan untuk berhenti merokok, kesannya masih belum menampakkan jalan positif.


Harga yang tinggi mungkin tidak memberi kesan yang besar kecuali dari sudut kemampuannya saja. Perokok tegar akan terus merokok walaupun harga semakin naik.

Dengan bersandarkan beberapa kempen, iklan, pesanan khidmat masyarakat dan sumber fakta mengenai bahaya merokok yang kian rancak disiarkan di kaca televisyen tempatan, masyarakat sudah tentu faham dan mempunyai maklumat yang lengkap mengenainya.

Media massa juga berperanan besar dalam membantu usaha kerajaan dalam pengisian programnya. Contohnya pesanan khidmat masyarakat melalui kempen kesedaran berhenti merokok atau ‘Tak Nak’.

Keberkesanannya dalam menyampaikan mesej amat jelas dengan bersandarkan kata dan petikan hadis yang sememangnya mampu membuka pintu hati insan untuk berhenti merokok. Pokok persoalannya tidak lagi menjurus kepada masalah dan risiko merokok kerana masyarakat sudah pun tahu bahayanya kesan rokok dalam kehidupan.

Kelemahan untuk mengukur kekuatan diri adalah punca mengapa seseorang perokok itu gagal untuk mengurangkan atau berhenti merokok. Mereka gagal untuk membentuk keyakinan diri yang mantap untuk terus menghindari rokok.

SHAHRIL ANUAR ABDUL GHALIM,
Alor Gajah, Melaka.

Diperoleh dari Berita Harian Online 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: