Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Masyarakat Kita Semakin Gila Kek

Posted by anakkawi on December 21, 2007

Memang betul kot, aku pon yg dulunya tak suka makan kek, semakin menggemari kek terutamanya kek keju dgn kek strawberi. Rasanya lemak berkrim. Tak mustahil lah org2 kita semakin bertambah berat badannya. Hahahah…

10,000 kek dijual tak sampai 12 jam

Oleh Halina Mohd Noor

SEJUMLAH 10,000 kek beraneka perisa berjaya dijual Secret Recipe dalam tempoh tidak sampai 12 jam menerusi sepuluh cawangannya di sekitar Lembah Klang. Peningkatan jualan secara mendadak itu adalah hasil promosi yang menawarkan beli satu kek, percuma satu yang diadakan pada 10 Disember lalu sempena sambutan ulang tahun ke sepuluh kafe berkenaan.

Promosi yang berlangsung sehari saja iaitu bermula 10 pagi hingga 10 malam, menarik perhatian pelanggan yang sanggup beratur panjang seawal pagi demi mendapatkan kek kegemaran mereka dengan bayaran antara RM 65 hingga RM 68 untuk sebiji kek.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Steven Sim, berkata tawaran istimewa itu bertujuan menghargai pelanggan setianya selama sepuluh tahun Secret Recipe ditubuhkan.

“Tindak balas yang diterima daripada orang ramai yang sanggup beratur berjam lamanya amat mengejutkan kami. Memang selama sepuluh tahun ditubuhkan, kita tidak pernah memberikan diskaun kerana percaya kepada kualiti yang ditawarkan memberikan nilai tambahan kepada wang yang dibelanjakan di sini berbanding kek di tempat lain,” katanya ketika ditemui di cawangan Secret Recipe di Menara Standard Chartered, baru-baru ini.

Walaupun harga kek di kafe itu adalah tetap dan lebih tinggi berbanding kek lain Steven berkata, hakikatnya kek yang ditawarkan Secret Recipe sebenarnya lebih istimewa kerana kandungan bahannya yang pelbagai dan saiz lebih besar.

“Kebanyakan kek dijual mengikut berat. Lebih berat kek berkenaan, lebih tinggi harganya. Kalau diukur daripada segi berat, kek yang kami tawarkan lebih berat dua kali ganda berbanding kek lain kerana mengandungi aneka bahan di dalamnya. Jadi, tidak adil jika kami membebankan pelanggan dengan meletakkan harga mengikut berat kek berkenaan,” katanya.

Secret Recipe menawarkan lebih 20 jenis kek dengan pelbagai cita rasa. Antara yang paling diminati ramai adalah kek coklat pisang, marble keju, coklat indulge, kek keju dan keju New York.

Steven turut mengumumkan untuk meluaskan perniagaan francaisnya itu di dalam dan luar negara berdasarkan peningkatan keuntungan dua digit yang diperolehnya tahun lalu. Mencatatkan keuntungan jualan melebihi RM 100 juta tahun ini, Secret Recipe menjangkakan keuntungan melebihi RM 15 juta.

“Perniagaan francais menunjukkan perkembangan positif sejak dilancarkan enam tahun lalu. Kami turut bercadang membuka perniagaan di Pakistan dan Timur Tengah, manakala di Eropah pada awal tahun depan bagi menstabilkan jenama Malaysia di luar negara,” katanya.

Secret Recipe adalah rantaian kafe dimiliki pengusaha tempatan yang menawarkan pelbagai hidangan bercita rasa tempatan dan barat. Ada lebih 20 jenis hidangan pelbagai cita rasa, 40 kek dan pastri serta pelbagai kopi dan minuman. Secret Recipe kini di buka di 180 cawangan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, China dan Pakistan tidak lama lagi.

Secret Recipe turut mendapat pengiktirafan berdasarkan produk berkualiti tinggi seperti Anugerah Restoran Terbaik, Anugerah Khas Malaysia untuk produk inovatif, Anugerah Francaisor Antara bangsa Tahun Ini (FLA Awards Singapore) dan Restoran Kasual Terbaik-Anugerah Hospitaliti Asia Pasific (HAPA).

Diperoleh dari Berita harian Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: