Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Posted by anakkawi on December 22, 2007

Oleh DATUK MOHMAD SHAID TAUFEK

Kata orang bijak pandai, jika belum pernah jatuh sakit maka kita tidak akan dapat mensyukuri betapa nikmatnya rasa sihat. Tanpa kesedaran sebegitu maka mudahlah sahaja seseorang itu berlaku sombong, angkuh dan takbur.

Dia tidak akan merasa cukup, dan akan melakukan apa sahaja bagi mencapai maksud di hati walaupun menyusahkan orang lain.

Niat jahat itu tidak bersempadan. Soalnya, apakah undang-undang sahaja mencukupi bagi mengelakkan perlakuan yang merosakkan? Undang-undang biasanya digubal selepas pengalaman tertentu, iaitu bagi mengelak masalah yang sama daripada berulang.

Ia boleh memberi amaran hanya kepada mereka yang mahu beringat. Lebih tepat lagi ia adalah merupakan satu hukuman terakhir setelah sesuatu kesalahan dilakukan.

Sekiranya undang-undang tidak mencukupi, apakah lagi yang ada pada kita untuk mengelakkan perlakuan buruk yang boleh merosakkan keharmonian hidup bermasyarakat? Mungkinkah agama dapat memberi jaminan ke arah itu? Mungkin.

Tetapi soalnya, berapa ramaikah manusia yang benar-benar mahu mengikuti peraturan agama sepenuhnya? Sedangkan dalam mengamalkan agama yang sama pun banyak pihak yang bertelingkah pendapat dan berpecah-pecah, apatah lagi masyarakat yang mengamalkan agama yang berlainan. Agama merupakan perkara yang amat sensitif.

Ekonomi pula sebagai satu faktor hanya merupakan satu mekanisme pengeluaran dan pertukaran semata-mata. Walaupun ia mempengaruhi tindak-tanduk individu atau kumpulan dalam masyarakat, namun sejarah kehidupan manusia menunjukkan bahawa arah tuju mereka lebih ditentukan oleh nilai pegangan hidup daripada yang lain-lain. Ini membawa kita kepada satu lagi isu, iaitu – budaya.

Budaya dapat membina nilai dan pandangan hidup. Ia dapat menjadi pedoman tatakelakuan anggota sesebuah masyarakat ke arah hidup bermasyarakat yang aman dan harmoni. Ia mudah dan tidak berat untuk diamalkan; juga tidak sensitif.

Dalam banyak hal, ia tidak bertentangan dengan amalan agama melainkan kepercayaan tertentu yang telah menjadi adat. Ia juga self regulating tanpa mengenakan tindak berbentuk jenayah terhadap anggota masyarakat yang menyeleweng.

Tetapi apakala unsur-unsur budaya ini telah diketepikan kerana kejahilan, maka generasi baru anggota masyarakat akan hilang pedoman lalu berkelakuan mengikut selera nafsu dan menimbulkan ‘budaya baru’ yang merosakkan.

Dalam budaya tidak ada isu hak walaupun kebenaran dan keadilan adalah asas berdirinya sesuatu budaya bertamadun. Apakala disebut hak dan dibuat tuntutan-tuntutan tertentu dalam masyarakat zaman global ini, maka amat sukar ditentukan hak yang sebenar-benarnya hak dan terhak kepada yang empunya hak.

Menghujah tentang hak tidak akan ada penghujungnya. Tiap-tiap satu hak yang dituntut oleh satu pihak akan menyentuh hak di satu pihak yang lain. Lebih-lebih lagi apakala sesuatu hak itu dituntut dengan penuh nafsu gelojoh. Maka pergolakan pasti akan berlaku.

Dipertikaikan

Jika ditilik dari segi sejarah manusia sejagat, maka akan bertambah gila manusia kini kalau ingin menuntut hak asal keturunan masing-masing. Ini kerana setiap satu bangsa atau kaum yang pernah wujud di muka bumi ini tidak pernah ada yang tidak dijajah atau dikasari oleh sesuatu bangsa atau kaum yang lain pada satu-satu waktu yang silam. Rupa bangsa dan keturunan itu sendiri pun boleh dipertikaikan hingga kiamat.

Yang jelas patut ada pada setiap anggota masyarakat atau bangsa ialah hak merasa bertanggungjawab dan kasih sayang ke atas lain-lain anggota masyarakat atau bangsa. Dengan demikian mereka akan memikirkan dan cuba membantu memperbaiki kekurangan di pihak lain. Dalam proses yang sama, nasib mereka juga akan terbela oleh pihak lain. Tetapi yang jelas berlaku kini ialah sebaliknya.

Namun setiap individu mempunyai satu hak mutlak, iaitu hak membuat keputusan ke atas dirinya sendiri. Semasa kecil dahulu seorang guru pernah mengajar saya perkara berikut: “Janganlah kamu bertelingkah dengan pihak berkuasa masjid di tempat kamu walaupun kamu berada di pihak yang benar. Pergilah kamu bersembahyang di masjid kariah lain.” Natijahnya, jelas tidak ada paksaan untuk kekal sembahyang di kariah asal itu.

Orang yang baik yang berasal daripada keturunan yang baik-baik suka kepada kelakuan yang baik. Dengan secara sedar ataupun tidak, mereka suka melanjutkan budaya bagus yang menunjukkan bangsa yang berbahasa.

Bangsa yang bertamadun tinggi tidak suka kepada keganasan dan menyusahkan orang lain atau bangsa lain. Sekiranya mereka kurang bernasib baik, mereka akan muhasabah diri lantas berusaha memperbaikinya.

Jika mereka merantau atau tercampak ke tempat lain dan terpaksa mengharungi hidup yang amat getir sekalipun, mereka akan menyesuaikan diri di tempat yang baru itu mengikut adat budaya tempatan, dan bukan bersifat seperti ayam jantan. Kata pepatah Melayu, “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.” “Janganlah tidak menyedari untung.”

* DATUK MOHMAD SHAID TAUFEK ialah bekad Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Diperoleh dalam Utusan Malaysia Online.

One Response to “Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”

  1. khairulnizambakeri said

    KNB memaut blog ini sambil tumpang baca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Posted by anakkawi on December 22, 2007

Oleh DATUK MOHMAD SHAID TAUFEK

Kata orang bijak pandai, jika belum pernah jatuh sakit maka kita tidak akan dapat mensyukuri betapa nikmatnya rasa sihat. Tanpa kesedaran sebegitu maka mudahlah sahaja seseorang itu berlaku sombong, angkuh dan takbur.

Dia tidak akan merasa cukup, dan akan melakukan apa sahaja bagi mencapai maksud di hati walaupun menyusahkan orang lain.

Niat jahat itu tidak bersempadan. Soalnya, apakah undang-undang sahaja mencukupi bagi mengelakkan perlakuan yang merosakkan? Undang-undang biasanya digubal selepas pengalaman tertentu, iaitu bagi mengelak masalah yang sama daripada berulang.

Read the rest of this entry »

One Response to “Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”

  1. khairulnizambakeri said

    KNB memaut blog ini sambil tumpang baca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: