Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

‘Jadikan iktibar kes Umi Azlim’

Posted by anakkawi on December 22, 2007

SHANTOU (Guangdong): Dari luar, Pusat Tahanan Shantou kelihatan seperti penjara lain � tembok tinggi, tetapi nampak bersih dengan jubin berbentuk empat segi dan barisan kawat besi di atasnya.

Tiupan bayu dari laut berdekatan kadang-kala berbaur dengan bau hancing dari kebun sayur yang di sepanjang jalan sempit menuju ke pintu utama.

Di dalam pusat tahanan itu, banduan akhir No 221 akan menyambut ulang tahun ke-24 tahun bulan depan, pada 4 Januari.


Untuk tempoh hampir setahun kini, pusat itu sudah menjadi tempat tinggal warga Malaysia, Umi Azlim Mohamad Lazim, dari Kelantan yang menjadi tumpuan media kerana menyeludup dadah ke selatan China.
Empat bulan selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan menggenggam segulung ijazah sains biologi, dia meringkuk di penjara di China, ditahan bersama-sama hampir tiga kilogram (kg) heroin dalam bagasinya, sebaik tiba di Lapangan Terbang Shantou di selatan Guangdong, pada 19 Januari tahun lalu.

Dia bukan rakyat Malaysia pertama ditahan di luar negara kerana menyeludup dadah. Malah, di Guangdong dan wilayah Fujian yang berjiran, ada 37 kes dalam rekod Konsulat Malaysia di Guangzhou.

Namun, kesnya menonjolkan kemelut wanita Malaysia yang dipergunakan sebagai ‘pembawa dadah’ dengan lebih 30 orang ditahan di luar negara, baru-baru ini.

Ironinya, Malaysia adalah negara yang amat terkenal dengan mempunyai hukuman paling berat, termasuk hukuman mati bagi kesalahan menyeludup dadah.

Umi Azlim mengaku bersalah dan dikenakan hukuman mati dengan diberikan tempoh dua tahun merayu oleh Mahkamah Shantou pada Mei.

Di China, semua hukuman mati, segera atau ditangguh, disemak semula Mahkamah Agung Rakyat. Hukuman mati dengan diberikan tempoh dua tahun untuk merayu boleh dipinda kepada hukuman penjara seumur hidup dengan berkelakuan baik.

Ibu bapa Umi Azlim lega apabila melihat anak mereka itu ceria dan sihat selepas pertemuan penuh pilu kira-kira 30 minit pada Aidiladha kelmarin, pertama kali mereka bercakap dengan anak perempuan mereka itu dalam masa setahun, selepas tidak tahu apa yang berlaku sehingga mereka dimaklumkan oleh Wisma Putra pada Julai lalu.

“Apa saya nak kata? Kena jaga dan berhati-hati dalam mencari pekerjaan kerana ghairah kerja,” keluh Mohamad Lazim Jusoh yang diberitahu oleh anaknya bahawa dia tertarik dengan iklan di internet yang menjanjikan gaji lumayan sebagai penghantar barang.

Katanya, Umi Azlim pertama kali membuat pasport antarabangsa pada Disember dan pertama kali ke luar negara ialah ke Macau sebelum ke Shantou dari New Delhi melalui Bangkok.

Dia memberitahu ibu bapanya yang dia bekerja di Kuala Lumpur dengan sebuah syarikat peralatan urut kaki milik ‘Datuk Anas’ dan sering dihantar ke luar negara kerana dia fasih berbahasa Inggeris.

Syarikat itu bagaimanapun, tidak wujud, demikian dirumuskan Mohamad Lazim selepas menyiasatnya.

Anggota tentera yang sudah bersara itu yang kini menjadi mekanik dan isterinya, Umi Slaia Ibrahim, jelas reda dengan nasib yang menimpa anak sulung mereka itu.

Umi Azlim turut bertanya kepada ibu bapanya mengenai ‘Teh’, kucing kesayangannya di kampung dan menyampaikan pesanan kepada dua adik kembar perempuannya untuk belajar rajin-rajin bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

“Dia pun ada banyak baca buku dan sekarang boleh cakap Cina, laju dia cakap Cina dengan pegawai di situ,” kata Mohamad Lazim dan menurutnya anaknya itu belajar bahasa Mandarin ketika di universiti.

Umi Azlim memberitahu dia menghabiskan masanya dengan mengajar bahasa Inggeris dan membungkus coklat di pusat itu.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan, Kedutaan Malaysia dan juga pegawai China di sini kerana bantuan mereka,” katanya. � Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: