Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Johari: Hanya orang Islam boleh guna perkataan ‘Allah’

Posted by anakkawi on December 22, 2007

Bagus gak tindakan beliau dan kementriannya ini. Kerna ia bagi mengelakkan kekeliruan pada orang-orang awam yang tidak mengetahui apa-apa di luar sana. Namun bukankah dalam Kristian, Tuhan mereka juga adalah Allah? Apapun moga niat baik beliau mendapaberkat dan rahmat daripadaNYA… Ameen…

Soon Li Tsin | Dec 21, 07 7:53pm

Perkataan ‘Allah’ hanya boleh digunakan dalam agama Islam dan bukan untuk agama-agama yang lain, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum.

Ditanya mengapa syarat baru dikenakan terhadap akhbar mingguan Katholik – Herald – apabila permit penerbitannya hendak diperbaharui, Johari berkata, ia bertujuan untuk mengelak sebarang kekeliruan.

“Hanya orang Islam boleh menggunakan ‘Allah’. Ia perkataan dalam Islam. Ianya dari (bahasa) Arab. Kita tidak boleh biarkan agama lain menggunakannya kerana ia boleh mengelirukan orang ramai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Kita tidak benarkan penggunaan ‘Allah’ dalam penerbitan bukan Islam, orang lain tidak boleh, kecuali bagi orang Islam. Perkataan ‘Allah’ digunakan oleh Katholik. Itu tidak betul,” katanya.

Herald yang merupakan akhbar rasmi Gereja Katholik di Malaysia, menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya, kerana dikatakan telah menggunakan perkataan “Allah” bagi merujuk kepada “God” dalam seksyen Bahasa Malaysia akhbar tersebut.

Kementerian tersebut juga dikatakan telah meminta penerbitnya membuang seksyen Bahasa Malaysia atau permitnya tidak diperbaharui apabila ia tamat dua minggu lagi.

Akhbar Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, China dan Tamil – mempunyai pengedaran sebanyak 12,000 nashkah.

Menurut Johari, penerbitan lain seperti majalah Buddha, tidak menggunakan perkataan ‘Allah’ bila merujuk kepada ‘God’.

“Herald boleh guna perkataan lain, tetapi bukannya ‘Allah’. Itu akan mengelirukan orang ramai,” katanya.

Asas keputusan

Johari berkata, keputusan dibuat berasaskan kepada satu laporan yang dikemukakan kepada jabatan penerbitan di kementerian berkenaan.

“Sebelum ini, tiada seorangpun tahun (mengenainya). Saya telah membuat keputusan berdasarkan kepada laporan yang dikemukakan kepada saya yang disediakan oleh seorang pegawai,” jelasnya.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengapa Herald diminta membuang semua sekseyan Bahasa Malaysia, dan tidak setakat diminta jangan menggunakan lagi perkataan Allah, Johari berkata:

“Saya tidak pasti mengenainya, saya perlu menyemaknya semula. Setakat yang saya tahu, mereka menggunakan perkataan ‘Allah’ dan kita tidak boleh membenarkannya.”

Menurutnya lagi, perkataan ‘Allah’ tidak boleh dicetak pada baju-T atau pakaian lain dan mereka yang berbuat demkian, telah diberi amaran oleh pihak kementeriannya.

Empat tahun lalu, kitab Injil dalam bahasa Iban telah diharamkan kerana ia menterjemah perkataan ‘God” kepada ‘Allah Taala.

Bagaimanapun, pengharaman tersebut ditarik balik selepas bantahan daripada masyarakat Kristian.

Diperoleh dari malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: