Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Penguasaan ilmu mampu hindari sifat ego, sombong

Posted by anakkawi on December 22, 2007

Namun kadangkala manusia menjadi lebih ego dan sombong disebabkan ilmu…

Arikel penuh diperoleh dari Berita Harian Online.

Oleh Rahisam Ramli

ILMU adalah nadi penggerak kepada pencapaian unggul sesebuah bangsa dan negara daripada cengkaman kejahilan. Hanya dengan ilmu manusia tidak akan mudah terpengaruh dan terjebak dengan budaya tidak bermoral, hasutan dan akhirnya membinasakan diri sendiri.

Rasulullah SAW membuktikan kepada dunia bahawa dengan menguasai ilmu, maka satu sistem dan cara hidup lebih harmoni sifatnya akan terbentuk. Ia juga akan menundukkan keegoan dan kesombongan lantas mendatangkan manfaat kepada seluruh umat sama ada kalangan orang Islam mahupun bukan Islam.

Kerana itulah Rasulullah SAW diiktiraf sebagai manusia yang memberi rahmat ke seluruh pelusuk dunia. Sememangnya Rasulullah SAW adalah manusia terpilih yang kalis daripada sifat mazmumah sekalipun dilahirkan di tengah masyarakat yang sangat daif daripada segi sistem sosialnya.

Ironinya, Baginda SAW tidak terpengaruh dengan agenda kaum kafir Quraisy yang benci kepadanya kerana ilmu yang sudah ditanam dalam diri Baginda dapat membezakan mana intan dan mana kaca.
Lantas, pelbagai usaha dilakukan untuk menggugat prinsip Rasulullah SAW supaya tidak meneruskan dakwahnya menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat Jahiliah.

Bukan setakat memberi sogokan bersifat kebendaan, penawaran pangkat dan kuasa, pemulauan kepada keluarga dan orang Islam, malah sehingga ada pakatan jahat di kalangan mereka untuk membunuh Baginda.

Namun, segala konspirasi untuk menamatkan riwayat Baginda tidak mematahkan semangatnya untuk mencelikkan masyarakat yang jahil dan sesat, malah menjadi pencetus supaya mengubah strategi dakwah dengan lebih terancang serta efektif.

Di kalangan sahabat dan mereka yang awal memeluk Islam melihat bahawa ilmulah bakal menjadikan diri mereka lebih bermaruah, bertamadun dan gemilang dalam pelbagai aspek terutama dalam proses memahami pengabdian diri kepada Allah.

Itulah sebabnya Michael H Hart pengarang buku ‘100 Tokoh Paling Berpengaruh Sepanjang Masa’ meletakkan Nabi Muhamad SAW sebagai tokoh pertama dalam senarai manusia yang paling berpengaruh.

Antara hujahnya adalah kerana ilmu yang disebarkan bukan setakat meliputi aspek keagamaan malah merangkumi ilmu duniawi.

Baginda SAW dilahirkan di tengah kota yang terkebelakang dalam kemajuan namun berjaya melaksanakan dakwahnya bagi mengubah paradigma masyarakat yang pincang pada ketika itu. Akhirnya, Islam yang disebarkan menjadi salah satu agama terbesar di dunia kerana pendekatan Baginda mempraktikkan ajaran Islam sangat universal.

Sejarah Islam membawa mesej yang sangat jelas bahawa kita tidak akan menjadi bangsa terbilang tanpa penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang. Malah, sudah terbukti lahirlah ramai intelektual, pemikir, saintis, ulama dan pemimpin dunia kerana menghayati ajaran Islam yang mendaulatkan ilmu.

Faedah ilmu juga bukan setakat mencelikkan minda, juga menerapkan nilai jati diri yang kalis daripada gejala negatif. Apabila diri dihiasi keindahan akhlak Islam, maka mudahlah untuk menumpukan sepenuh jiwa dan minda supaya menjadi masyarakat cerdik akal dan mindanya dengan pelbagai kemahiran duniawi.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah dan jika mereka berbuat jahat, elakkan kejahatan mereka.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Hadis itu memberitahu umat Islam supaya jangan mudah terikut-ikut dengan perlakuan yang tidak membawa faedah kepada diri sendiri dan orang lain. Kebanyakan mereka yang terpengaruh dengan dakyah sesat tidak ada pendirian atau prinsip hidup jelas kenapa mereka dilahirkan sebagai Muslim.

Sebaliknya, bagi mereka yang buta mindanya, tiada panduan dan pedoman hidup, sering berputus asa dan mudah dipengaruhi persekitaran tidak sihat yang natijahnya akan meruntuhkan institusi masyarakat dan negara.

Masyarakat Ulul Albab dilahirkan melalui semangat persaudaraan (ukhuwah Islamiah) dalam rangkaian sosial yang mantap dan mengutamakan keharmonian kepada orang lain. Ini disebabkan jiwa dan perlakuannya sentiasa menjurus kepada kebaikan dan memberi manfaat kepada insan.

Penulis ialah pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Penguasaan ilmu mampu hindari sifat ego, sombong

Posted by anakkawi on December 22, 2007

Namun kadangkala manusia menjadi lebih ego dan sombong disebabkan ilmu…

Arikel penuh diperoleh dari Berita Harian Online.

Oleh Rahisam Ramli

ILMU adalah nadi penggerak kepada pencapaian unggul sesebuah bangsa dan negara daripada cengkaman kejahilan. Hanya dengan ilmu manusia tidak akan mudah terpengaruh dan terjebak dengan budaya tidak bermoral, hasutan dan akhirnya membinasakan diri sendiri.

Rasulullah SAW membuktikan kepada dunia bahawa dengan menguasai ilmu, maka satu sistem dan cara hidup lebih harmoni sifatnya akan terbentuk. Ia juga akan menundukkan keegoan dan kesombongan lantas mendatangkan manfaat kepada seluruh umat sama ada kalangan orang Islam mahupun bukan Islam.

Read the rest of this entry »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: