Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Skim gaji ekspres pinggir guru lama

Posted by anakkawi on December 22, 2007

BELUMPUN reda isu pelaksanaan sistem kenaikan gaji secara ‘time base’ kepada bukan siswazah yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada guru DGA29 ke DG41 kini timbul pula isu guru DG41 dan DG44 yang mengajar Tingkatan Enam diberi ‘anugerah gaji ekspres’ DG44 dan DG48 tanpa mengambil kira pengalaman mengajar Tingkatan Enam.

Inilah kecelaruan sistem penggajian yang melanda bidang pendidikan masa kini. Memang guru yang melahirkan rasa tidak puas hati akan dilabel sebagai golongan tidak bersyukur, tamak dan sebagainya namun jika diselidiki secara telus, tuntutan dan keluhan golongan guru ini memang ada benarnya.

Jika bidang kerja lain, faktor pengalaman amat diutamakan dalam menentukan jawatan atau kenaikan gaji, namun agak berlainan dalam bidang pendidikan.
Kenaikan gaji dalam bidang pendidikan nampaknya begitu ‘mesra guru baru’ tetapi tidak kepada guru berpengalaman.

Syarat kelayakan seseorang guru mendapat gaji DG32 ‘time base’ yang mula dilaksanakan pada 2005 iaitu pengalaman mengajar lebih 10 tahun, lulus Pencapaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sokongan guru besar, begitu menguntungkan golongan guru baru.

Syarat ini menyebabkan gaji guru yang baru mengajar 11 tahun menyamai gaji guru yang mengajar 18 tahun. Malah ada guru baru ini yang mendapat tunggakan gaji hingga belasan ribu ringgit, manakala guru yang mengajar lebih 18 tahun jika mendapat gaji ‘time base’ DG32, mereka hanya mendapat kelebihan satu kenaikan tangga gaji.

Dieroleh dari Berita Harian Online.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: