Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Tapak lancar roket bakal maju Tawau

Posted by anakkawi on December 22, 2007

Malaysia ingin buat tapak pelancaran roket? Suatu yang pasti memberi manfaat dalam industri aeroangkasa di Malaysia. Namun bukankah nanti bila siap tapak tersebut, ia bakal menjadi suatu kawasan larangan dan dikawal ketat? Maka tentulah penduduk sekitarnya tidak memperolehi apa-apa manfaat melainkan memperoleh pencemaran asap yang teruk bila sesebuah roket tersebut berlepas ke angkasa. Kecualilah jika mereka ingin memberi khidmat sebagai pekerja di tapak pelancaran roket atau industri-industri di sekitarnya…🙂

Berita penuh diperoleh dari Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Pemimpin dan masyarakat daerah Tawau terkejut serta gembira apabila mengetahui kerajaan mengenal pasti kawasan itu sebagai antara lokasi paling sesuai untuk menjadi tapak pelancaran roket Malaysia pada masa depan.

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai tepat dan wajar, mereka sependapat langkah itu sudah pasti akan memberi banyak manfaat kepada penduduk di situ terutama dari segi pertumbuhan ekonomi dan perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang aeroangkasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas (dalam Parlimen Tawau), Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata perkhabaran yang agak mengejutkan itu bukan saja disambut baik majoriti penduduk daerah itu semalam, malah kawasan sekitar daerah berkenaan.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata pemilihan Tawau bagi program itu sudah pasti akan memberi banyak kesan positif kepada pembangunan masyarakat dan fizikal di situ.

“Pembinaan tapak roket di daerah ini bakal memberi pelbagai kesan positif termasuk membabitkan kenaikan harga tanah kerana projek ini membabitkan kawasan yang luas selain peluang ekonomi untuk rakyat.

“Namun pada saya, perkembangan ini bakal memberi rahmat besar kepada penduduk. Sudah pasti sebagai pemimpin daerah ini, kita sedia memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak berkuasa menjayakan program ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: