Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Apakah Tujuan Makhluk Diciptakan?

Posted by anakkawi on December 24, 2007

Apakah Tujuan Makhluk Diciptakan?

makeURL(“http://Aqidah-wa-manhaj.blogspot.com”,”eHNsL2J1bGxldGluLnhzbA==”);http://Aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Pertama, ALLAH tidak akan sekali-kali
mencipta sesuatu yang sia-sia. Rahsia di
sebalik setiap ciptaan-NYA, hanya DIA
sahajalah yang mengetahuinya.

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:

“Adakah kamu menyangka KAMI Mencipta
kamu tanpa sebarang tujuan dan kamu
menyangka tidak akan dikembalikan kepada
KAMI? Maha Tinggi ALLAH Raja yang
sebenarnya, TUHAN yang Haq. Tiada TUHAN
melainkan DIA, TUHAN yang mempunyai
‘Arasy yang Mulia.” (Surah al-Mukminun:
115-116)

Orang mukmin wajib menyakini bahawa
segala yang diciptakan oleh ALLAH ada
hikmahnya yang tersendiri. Sebaliknya,
orang-orang kafir pula menafikan hikmah ini.

Maksudnya:

“KAMI tidak ciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antara
kedua-duanya tanpa sebarang hikmah dan
keadilan. Itu hanyalah sangkaan
orang-orang kafir! Celakalah orang-orang
yang kafir itu dengan azab neraka.”
(Surah Sad: 27)

Kedua, tujuan ALLAH menciptakan manusia
bukan semata-mata untuk makan, minum dan
beranak-pinak. ALLAH memuliakan manusia
berbanding makhluk lain dengan
menjadikan mereka sebagai khalifah di
muka bumi ini. Tetapi ramai manusia
ingkar. Mereka leka dengan keindahan
dunia. Kehidupan mereka tidak ada beza
dengan haiwan, bahkan mereka lebih sesat.

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:

Orang-orang kafir menikmati kesenangan
dunia. Mereka makan dan minum seperti
haiwan ternakan. Oleh itu, nerakalah
tempat tinggal yang layak bagi mereka.
(Surah Muhammad: 12)

Hakikatnya, pencipta sesuatu lebih
mengetahui tentang ciptaannya. Oleh itu,
ALLAH yang Mencipta manusia lebih
mengetahui hikmah penciptaan mereka.
Setiap manusia perlu meyakini bahawa
seluruh anggota badannya dicipta atas
tujuan tertentu.

Ketiga, ALLAH menjelaskan bahawa DIA
Mencipta langit, bumi, hidup dan mati
untuk menguji umat manusia. Sesiapa yang
mentaati-NYA, maka dia akan beroleh
pahala. Sebaliknya, sesiapa yang ingkar
mereka akan diseksa.

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:

“DIA telah menjadikan mati dan hidup
untuk menguji siapakah di kalangan kamu
yang lebih baik amalnya dan DIA Maha
Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun.” (Surah al-Mulk: 2)

Antara perintah ALLAH yang paling utama
dalam penciptaan manusia ialah untuk
mentauhidkan ALLAH dan beribadah.

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:

“AKU tidak ciptakan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah kepada-KU.”
(Surah al-Zariyat: 56)

Ibn Kathir r.h berkata:

“Tujuan ALLAH mencipta mereka ialah
untuk beribadah kepada-NYA. Bukan kerana
DIA memerlukan mereka. Ali bin Abu
Talhah berkata bahawa Ibn Abbas
menyebut, tujuan ALLAH mencipta mereka
adalah untuk beribadah kepada-NYA, sama
ada secara sukarela mahupun terpaksa.
Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn
Jarir. Ibn Juraij berpendapat, tujuannya
agar mereka rnengenali ALLAH. Al-Rabi’
bin Anas pula berkata, tujuannya
semata-mata untuk beribadah.” (Tafsir
Ibn Kathir, jil: 4, ms: 239)

Syeikh Abdul Rahman al-Sa’id r.h berkata:

“ALLAH mencipta makhluk untuk beribadah
kepada-NYA, mengenali-NYA menerusi
nama-nama dan sifat-sifatNYA. Sesiapa
yang patuh dan melaksanakan segala yang
telah diperintahkan, dia termasuk
orang-orang yang berjaya. Sebaliknya,
sesiapa yang ingkar, maka dia akan
menjadi orang-orang yang rugi.

ALLAH pasti akan mengumpulkan mereka di
suatu tempat untuk membalas segala
ketaatan yang dilakukan. Oleh itu, ALLAH
menyebut keingkaran kaum musyrikin
terhadap balasan yang akan diterima
berdasarkan amalan seseorang.

Walaupun kamu cuba meyakinkan mereka
tentang kewujudan hari kiamat, mereka
tetap tidak percaya. Mereka hanya akan
menuduh kamu berbohong dan mencaci
dakwah yang kamu sampaikan. Sedangkan
kebenaran itu tidak dapat disangkal
lagi.” (Tafsir al-Sa’di, ms: 333)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: