Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Isu ayam diberi Enzim Babi

Posted by anakkawi on December 24, 2007

Aku sebagai org biotech xleh percaya sangat benda2 macam nih. Terpulang la org lain nk percaya mcmna. Tapi secara peribadi bg aku, ayam2 kita terlebih lemak, rasa tawar, xberapa nk sedap, cepat busuk [sekadar menulis beberapa fakta yang didakwa seperti dalam Mastika edisi Januari 2007] dan sebagainya adalah disebabkan ayam-ayam daging kita sekarang nih telah di’modified’ secara genetik.

Kalau kita g tgk ayam daging hidup di reban-reban ayam, bulunya warna putih dan xcantik. Itu disebabkan genetik ayam telah diubahsuai supaya tumbesaran ayam dilebihkan pada dagingnya, bukan pada bulunya. Bulu ayam ni macam kulit kita gak, klo xjaga baik2 nanti kulit berpenyakit, berkudis, berparut di sana sini. Macam tu gak fungsi bulu ayam pada ayam. Dalam erti kata mudah, bulu ayam itu xcukup vitamin dan zat2, vitamin dan zat2 yang ada dilebihkan pada dagingnya, boleh gak dikatakan mcm bulu ayam tu berpenyakit la.

Kalau dah luarannya xcantik, dalamannya lagi la teruk. So untuk memastikan ayam-ayam tersebut kekal sihat, byk la supplement yang diberi, termasuk enzim2 ntah pape itu. Tapi klo xbg enzim pon, diorg bg ubat2an gak seperti zat2 dan vitamin2, yang membolehkan ayam kekal sihat dan gemok. Klo ikut org utara, tanda2 budak yang sihat adalah badannya beso @ gemok. Macam tu gak la ayam. Klo ayam kurus jek xsihat la tu. So bila dah cukup sehat dan gemok, penternak pon pasarkan kepada pengguna.

Kesimpulan di sini, cuba korg fikirkan, klo ayam tu ‘sehat’ dan gemok masa disembelih adalah disebabkan suplement2 yang dibekalkan, tp lepas sembelih tu ayam mana leh nk mkn @ amik suppliment lagik. So bila kita simpan sehari dalam peti ais, ayam tu cepat la menjadi tidak segar dan tidak sihat, mcm ikan yg kita simpan di darat gak. Hahaha…

p/s: jangan amik serius lak pendapat aku nih, aku cuma bg pendapat yg aku fikirkan logik je…

Diperoleh dari Berita Harian Online.

Makanan ayam bebas enzim babi

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tindakan Khas Mengenai Isu Enzim Babi Dalam Makanan Ayam semalam mengesahkan makanan ayam di negara ini halal selepas analisis DNA terhadap sampel itu tidak menemui sebarang enzim babi dalam bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.

Jawatankuasa dipengerusikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) itu berpuas hati dengan ujian yang dilakukan Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia, Makmal Kesihatan Veterinar JPH, Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia serta Jabatan Kimia dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah JPH, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaludin, berharap hasil kajian itu akan melegakan semua pihak kerana penyebaran e-mel berkaitan penggunaan enzim babi dalam makanan ayam baru-baru ini, menimbulkan situasi kurang menyenangkan di kalangan masyarakat terutama umat Islam.


Katanya, pengesahan itu dibuat selepas perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut menganggotai jawatankuasa khas berkenaan dan pelbagai faktor terutama aspek keagamaan diambil kira.

“Analisis DNA boleh membezakan ciri antara spesis dan ia mengesahkan tidak wujud enzim babi dalam bahan untuk menghasilkan produk itu. Hasil kajian ini memadai untuk menghapuskan perasaan was-was di kalangan rakyat.

“Yang pasti, usaha dibuat untuk mendapatkan keterangan pihak yang mengeluarkan kenyataan itu bagi mengenal pasti motifnya kerana sebarang isu berkaitan makanan adalah sensitif, malah boleh memberi kesan kepada masyarakat,” katanya kepada Berita Harian.

Kebimbangan orang ramai terhadap ayam segar yang dijual di pasaran tempatan timbul selepas tersebarnya satu e-mel, yang antara lain membangkitkan persoalan sejauh mana ayam diternak di Malaysia bebas daripada makanan mengandungi enzim tidak halal terutama babi.

E-mel itu turut mempaparkan fakta kononnya kajian saintifik di luar negara yang mendapati penggunaan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwan seperti kulit lembu yang diragui status halal, dikesan di Eropah.

Berikutan itu, jawatankuasa khas ditubuhkan September lalu bagi menyiasat dakwaan penggunaan bahan diragui status halal dalam produk makanan ayam yang diternak di negara ini.

Dr Abdul Aziz berkata, sebarang kenyataan yang menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat boleh mencetuskan pelbagai kesan negatif termasuk menyebabkan rakyat panik.

“Kita sudah mengenal pasti individu yang mengeluarkan maklumat itu dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa yang dikatakannya,” katanya.

Beliau berkata, sebagai langkah sampingan, Institut Penyelidikan Produk Halal sedang merangka kaedah hidrolisis protein untuk memperoleh hasil kajian status halal secara terperinci pada masa depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: