Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Kaji syor cuti petugas RT

Posted by anakkawi on December 24, 2007

KOTA BHARU: Cadangan memberi cuti pelepasan kepada petugas Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Rukun Tetangga (RT) yang bertugas lebih empat jam selepas tengah malam sedang diteliti Bahagian Perundangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan, berkata sebaik diluluskan Kabinet, petugas RT dan SRS layak mendapat pelepasan cuti setengah hari hingga sehari sebanyak dua kali sebulan daripada majikan masing-masing.

“Bagaimanapun, petugas yang membuat rondaan melebihi empat jam di antara jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi saja layak mendapat pelepasan yang akan disahkan oleh pegawai JPNIN.
“Jika diluluskan, pelepasan itu mungkin boleh dilaksanakan pada pertengahan Januari atau Februari depan,” katanya ketika merasmikan Seminar Keselamatan Kejiranan 2007 Peringkat Kelantan, di sini, semalam.

Azman berkata, sebilangan besar rakyat di negara ini, khususnya yang tinggal di bandar besar, kini mengalami sindrom takut kepada penjenayah.

Katanya, ketakutan itu menyebabkan ibu bapa lebih rela mengurung anak di rumah seawal jam 9 malam, sehingga mereka tidak mampu mengikuti pembelajaran di luar seperti kelas mengaji.

Katanya, sindrom itu lebih berbahaya kerana tindakan itu seolah-olah menunggu masa membiarkan penjenayah masuk menceroboh rumah mereka kerana tiada langkah sewajarnya diambil bagi membendung masalah itu.

“Agak malang keadaan seperti itu berlaku di negara ini… kita hidup bermasyarakat, perlu melakukan sesuatu mengawasi kawasan masing-masing dan bukannya duduk dalam rumah dan tunggu penjenayah ceroboh rumah kita,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai khususnya di bandar besar perlu aktif terbabit dalam SRS dan RT bagi mengawasi keselamatan kawasan perumahan daripada diceroboh penjenayah.

Katanya, sehingga kini, sebanyak 3,720 RT ditubuhkan di seluruh negara dengan lebih 100,000 ahli jawatankuasa manakala 1,006 SRS diwujudkan membabitkan 50,300 keahlian.

“Daripada jumlah itu, ada kawasan RT yang kadar jenayahnya menurun sehingga 100 peratus dan ada juga sehingga 60 dan 50 peratus. Kalau ada kawalan di kawasan kediaman, sudah pasti penjenayah tidak berani masuk,” katanya.

Diperoleh dari Berita Harian Online.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: