Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Permata Hati: 5 tanda perkembangan awal bantu didik anak

Posted by anakkawi on December 24, 2007

Oleh Hidayah Mohammad

Ibu bapa perlu kenali kelemahan, kekuatan sebelum beri peluang si kecil luahkan bakat dalam diri

KANAK-KANAK adalah ‘amatur’ iaitu golongan peringkat permulaan untuk belajar semua perkara. Perkembangan awal kanak-kanak perlu dilihat dalam semua karektor oleh ibu bapa atau penjaga.

Perkara utama dalam perkembangan anak kecil terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu perkembangan fizikal, kognitif, spiritual (kerohanian), estetik dan sosio-emosi. Perhatian terhadap lima perkara itu membolehkan pasangan suami isteri mengetahui perkembangan, kelemahan dan kekuatan yang dialami anak kecil mereka.

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Dr Lihanna Borhan, berkata perkembangan fizikal dan kognitif adalah peringkat yang perlu diberi fokus. Jika anak tidak berkembang tidak bermakna aspek lain tidak berfungsi.

“Pembesaran fizikal dipengaruhi oleh bahasa. Ada anak kecil berusia empat tahun dihantar ke sekolah supaya mereka memahami dan belajar cara berkomunikasi dengan baik. Secara tidak langsung ia membuatkan cara mereka berfikir dan memahami juga berbeza berbanding mereka yang lambat mendapat pendidikan di sekolah. Pengaruh persekitaran sekolah yang datang daripada pelbagai sumber menyebabkan mereka cepat belajar,” katanya.

Dr Lihanna yang ditemui pada seminar Membelai dan Merangsang Si Kecil di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini, berkata kanak-kanak suka meniru gaya orang dewasa. Maka pada peringkat perkembangan spiritual pula adalah lebih elok sekiranya mendedahkan mereka dengan cara santun dan budi bahasa supaya mereka dapat menjadikannya sebagai contoh dan boleh diikut.

Contohnya, menerusi amalan beribadat seperti sembahyang yang dilakukan secara rutin. Lakukan di depan mereka atau ajak anak kecil melakukan sembahyang. Secara tidak langsung cara itu mendidik mereka yang akan melakukannya tanpa perlu disuruh.

“Bagi peringkat perkembangan estetik, beri mereka peluang meluahkan bakat seni. Kadang-kadang kita lihat anak kecil suka menconteng dinding kerana mereka sebenarnya gemar melukis. Jadi, cari inisiatif supaya mereka boleh meluahkan bakat seni yang ada,” katanya.

Katanya, hari ini kebanyakan pasangan sibuk mengejar kerjaya sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mengetahui perkembangan anak kecil. Keperluan dan kelengkapan anak mereka hanya diserah sepenuhnya kepada pengasuh atau pembantu rumah..

“Ia sesuatu yang kurang positif malah menyebabkan kerenggangan kasih sayang dan kemesraan antara ibu, bapa dan anak. Bagi mereka yang sibuk, cara mudah bagi pasangan suami isteri merapatkan hubungan dengan anak kecil ialah sekurang-kurangnya memeluk dan mencium si kecil selepas pulang dari kerja.

“Cara itu mampu menguatkan tali perhubungan malah dapat memupuk anak kecil mengenai cara bermesra dan mencurahkan kasih pada keluarga. Bukan itu saja, tingkah laku yang baik juga perlu ditunjukkan dari dalam rumah sebelum si kecil melangkah kaki keluar rumah dan bercampur dengan masyarakat,” katanya.

Katanya, masyarakat kini menganggap kanak-kanak tidak faham maksud sopan santun. Bagi menggalakkan sikap positif ini, kerajaan juga berusaha mengadakan pelbagai program dan kempen yang berkaitan dengan sikap santun dan budi bahasa. Ia penting supaya tidak membawa masalah kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan orang lain.
Pepatah ada mengatakan, ‘jika mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Segala apa yang dilakukan dan ditunjukkan kepada anak kecil pasti menjadi ikutan. Jika tidak kena dengan caranya, maka buruklah kesannya. Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa memerlukan perhatian penuh dari ibu mahupun bapa untuk membesar dengan baik.

FAKTA: Perkembangan kanak-kanak

  • Terbahagi kepada lima perkara iaitu fizikal, kognitif, kerohanian, estetik dan sosio-emosi.
  • Pembesaran fizikal dipengaruhi oleh bahasa.
  • Pada peringkat perkembangan spritual lebih elok sekiranya mendedahkan mereka dengan cara santun dan budi bahasa supaya mereka dapat menjadikannya sebagai contoh yang boleh diikut.
  • Bagi peringkat perkembangan estetik, beri mereka peluang meluahkan bakat seni.
  • Eratkan hubungan dengan mencium dan memeluk anak selepas pulang dari kerja. Diperoleh dari Berita Harian Online.
  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

     
    %d bloggers like this: