Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Samun: Anggota polis hilang kad kuasa, pistol

Posted by anakkawi on December 24, 2007

Kita punyai alasan untuk mempercayai bahawa polis berpakaian preman itu bukanlah polis…

Diperoleh dari Berita Harian Online.

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dari Cawangan Jenayah Berat (D9) di sini kehilangan kad kuasa dan pistol dalam satu kejadian samun di Jalan Kuching di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur apabila dipintas sebuah kereta dinaiki enam lelaki.

Kumpulan itu kemudian menyerang mangsa sehingga patah tangan, selain cedera di kepala dan dada, sebelum melarikan barang peribadinya, termasuk pistol jenis revolver dan kad kuasanya.

Sumber memberitahu Berita Harian, sebelum kejadian, mangsa baru meninggalkan rumahnya ke IPK Kuala Lumpur.
“Mangsa membuat laporan polis kerana bimbang pistol dan kad kuasa polisnya digunakan kumpulan terbabit untuk kegiatan jenayah. Kes ini disiasat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul,” katanya.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan memburu kumpulan lelaki terbabit yang dipercayai masih berada di sekitar ibu negara.

“Selain IPD Sentul, gerakan turut membabitkan kerjasama IPD Dang Wangi, IPK Kuala Lumpur dan Bukit Aman. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kumpulan lelaki itu dikategorikan sebagai penjenayah berbahaya kerana memiliki senjata api dan orang ramai diminta berhati-hati.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak mudah terpedaya jika ada mana-mana lelaki mencurigakan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad kuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Mohd Sofian Md Yassin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata, keterangan lanjut dari anggota terbabit akan turut diperoleh bagi membantu siasatan kes berkenaan, selain mendapatkan gambaran apa yang sebenarnya berlaku, selain motifnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: