Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Soal Jawab Taman : Jangan bimbang saiz taman

Posted by anakkawi on December 24, 2007

Soal Jawab Taman : Jangan bimbang saiz taman

SoalanSAYA berminat menghias taman depan rumah teres yang mempunyai keluasan tanah 1.5 meter x 1.5 meter. Taman impian saya ialah mempunyai kolam ikan, pokok hijau dan rumput karpet tetapi saya lebih suka jika pokok yang ditanam ialah sayuran atau yang boleh dijadikan bahan untuk masakan supaya dapat jimatkan kos dapur.Bolehkah tuan beri pandangan dalam impian landskap saya itu?. Pokok sedia ada di laman rumah saya ialah rumput karpet, lengkuas, kunyit, pegaga, serai dan temu lawak. Jika boleh saya ingin menggunakan pokok berkenaan.

Pengirim Mohd Faizul Azua Abdul Latip Kemaman, Terengganu. Jawapan

LUPAKAN rasa gusar dengan saiz laman anda. Harus diingat untuk mewujudkan keindahan dan kegunaan dalam sebuah taman bukan terletak pada saiz tetapi tujuan taman itu. Anda harus membuat keputusan yang jelas, untuk apa taman ini dibuat sebelum kita merencanakan seperti inginkan kolam ikan atau pokok sayuran. Jika kedua-dua aspek ini anda jadikan pilihan, perancangan teliti berdasarkan keutamaan isi rumah perlu diperhatikan terlebih dulu.

Jika taman ini dipenuhi tanaman yang dapat diguna pakai, adakah ia boleh dimanfaatkan seisi keluarga?. Jika anda membina kolam kecil dengan tempat duduk serta pohon kecil dihiasi dengan tanaman sayuran dalam pasu pula, apakah anda akan menghabiskan masa santai di sini? Diharapkan persoalan seperti ini memberi panduan untuk menghias taman anda.

Bagaimanapun ia tidak mustahil dan boleh untuk menggabungkan taman anda dengan sebuah kolam kecil bersifat mudah alih dan dihiasi dengan tanaman sayuran. Apa yang lebih penting ia dapat digunakan dan cantik pada pandangan mata kita sendiri.

Taman tidak semestinya dihiasi pokok bunga saja, tumbuhan herba juga kita boleh selitkan. Paling penting, kita harus pandai memilih dan mengawal keinginan menggunakan pelbagai jenis tumbuhan bagi mengelakkan taman kita menjadi padat dan sukar diurus.

Jika anda memilih taman menggunakan tumbuhan sayuran, syabas! anda sudah menyahut seruan kerajaan, menghias taman di rumah dengan tumbuhan yang boleh mendatangkan hasil dan manfaat kepada keluarga.

Dicadangkan supaya tumbuhan berkenaan ditanam dalam pasu. Anda boleh menggabungkan beberapa tumbuhan mengikut kesesuaian dalam satu pasu. Ini memudahkan ia dialihkan jika perlu mengguna ruang berkenaan, atau mata sudah jemu dengan pemandangan itu. Jangan takut mencuba, saya yakin anda pasti teruja dengan hasilnya.

  • Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah mengenai landskap, hantarkan melalui emel di info@ terragarden.com.my atau poskan di alamat Terra Garden Sdn Bhd, Lot 2772, Bukit Lanjan, 10KM, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur. Telefon: 03-7725 8698, Fax: 03-7726 3648. Laman web http://www.terragarden.com.myKolum ini akan dikendalikan Pengarah Urusan Terra Garden Sdn Bhd, Desmond Ho yang akan turut memberikan tip serta maklumat mengenai taman.Surat atau e-mail yang terpilih akan disiarkan dalam ruangan ini dan berpeluang menerima jemputan misteri dari Terra Garden.

    Diperoleh dari Berita Harian Online.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

     
    %d bloggers like this: