Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

SPAN kaji penyelarasan 15 kategori caj air: Lim

Posted by anakkawi on December 24, 2007

Inilah tanda-tanda bil air kita akan naik selewat-lewatnya pada penghujung tahun hadapan…

Oleh Shamshul Azree Samshir


Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik

Kajian dilakukan apabila Akta 655 berkuat kuasa 1 Januari 2008

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengkaji untuk menyelaraskan 15 kategori caj yang dikenakan operator air di seluruh negara apabila Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) atau WSIA berkuat kuasa 1 Januari depan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata selain mengkaji penyelarasan itu, SPAN juga akan mengawal selia kadar dan caj berbeza dikenakan di setiap negeri demi kepentingan pengguna air.

“Bagaimanapun, cadangan untuk menyelaraskan caj itu akan mengambil masa kerana ia memerlukan kajian yang komprehensif,” katanya.
Antara caj dikenakan operator air sekarang ialah bayaran permohonan kelulusan pelan bagi pembangunan baru, pemasangan meter baru, deposit bekalan air, pengujian meter, pemotongan meter dan penyambungan semula bekalan air. Caj lain, termasuk penggunaan air dari pili bomba dan bayaran sumbangan modal.

Bagaimanapun, beliau berkata, tarif air yang dikenakan operator di setiap negeri akan dikekalkan buat masa ini dan semakan hanya dibenarkan selepas SPAN berpuas hati operator pembekalan mematuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dan dipantau suruhanjaya itu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Akta 655 tidak membenarkan pemegang lesen pembekalan air menaikkan tarif air secara automatik.

Dr Lim dilaporkan berkata, tarif air di semua negeri di Semenanjung dan Labuan sekarang kekal dan semua operasi yang dikendalikan pihak berkuasa negeri termasuk jabatan, syarikat atau pemegang konsesi di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dikawal selia oleh SPAN.

Malah, sebagai inisiatif baru dalam pengurusan perkhidmatan bekalan air negara, kerajaan juga memperkenalkan sistem bil tunggal bagi caj bekalan air dan khidmat pembetungan untuk pengguna yang premisnya disambungkan kepada sistem pembetungan berpusat, mulai pertengahan tahun depan.

Dr Lim berkata, Enakmen Bekalan Air dan perundangan subsidiari sedia ada di semua negeri akan terus diguna pakai, termasuk kadar caj yang dikenakan sehingga SPAN membuat ketetapan baru berhubung penyelarasan caj berkenaan.

“Sehubungan itu, pengguna dan pemaju akan terus membayar pada kadar dan caj sedia ada, sebagaimana dikenakan operator air sekarang sehingga undang-undang itu dibatalkan dan diganti dengan kadar dan caj baru yang ditentukan SPAN yang dijangka sebelum akhir tahun depan,” katanya di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, antara cabaran utama struktur baru industri air negara ialah meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan operator air dan pembetungan.

“Cabaran lain yang perlu diberi perhatian, termasuk keperluan mewujudkan mekanisme bagi membolehkan pengguna memberi maklum balas kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri mengenai tahap kepuasan pengguna sama ada dari aspek caj atau kualiti perkhidmatan.

“SPAN akan memberi perhatian yang sewajarnya ke atas isu ini,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Lim berkata, semua operator perlu mengemukakan cadangan kod pengguna atau piagam pelanggan untuk kelulusan SPAN, yang akan mengawal selia dan memantau tahap perkhidmatan mereka berdasarkan kod atau piagam diluluskan itu.

Diperoleh dari Berita Harian Online.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: