Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Soal Jawab Taman: Kenal pasti arah matahari, angin sebelum bina taman

Posted by anakkawi on December 25, 2007

SoalanApa yang dimaksudkan dengan mengambil kira arah cahaya matahari terbit dan arah matahari terbenam dan arah tiupan angin bagi tujuan pembinaan landskap di halaman rumah?

Pengirim: Rosnah Bt Arba’in
Teluk Intan, Perak.

Jawapan
Bagi mencapai keselesaan dan kenikmatan bila berada di taman, perkara pertama perlu diberi perhatian adanya ruang untuk berteduh. Taman bukanlah ruang seperti dalam rumah yang mempunyai bumbung.

Di taman, kita harus menerima hakikat iaitu siling sebenarnya adalah awan. Pancaran matahari pula lampu semula jadi dan rumput permaidani. Oleh itu, kepentingan mengenal pasti arah cahaya matahari terbit dan terbenam adalah maklumat penting ketika merancang pembinaan taman yang selesa untuk keluarga.

Sebagai contoh, jika laman kita menghadap matahari terbit, yang pastinya matahari pagi sangat berguna dalam memberi tumbuhan berbunga hidup subur kerana cukup sesuai bagi tujuan proses fotosintesis. Di samping itu bahang dan terik matahari pagi tidaklah sepanas matahari tengah hari atau awal petang.

Tujuan mendapatkan arah naik turun matahari adalah untuk mengawal pancaran panas matahari, keperluan untuk tumbuh-tumbuhan dan juga untuk tujuan pencahayaan untuk masuk ke rumah.

Begitu juga dengan arah tiupan angin secara amnya. Jika kita menanam pokok atau tumbuhan berbunga wangi, diletakkan pula pada haluan angin sudah pastinya bau yang terhasil pada tumbuhan ini akan mengharumkan seluruh taman. Namun begitu arah haluan dan tiupan angin agak sukar ditentukan dan kebiasaannya dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti struktur fizikal muka bumi persekitaran rumah atau perubahan cuaca.

Kolum Soal-Jawab Taman

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah landskap, hantarkan melalui e-mel di info@ terragarden.com.my atau pos di alamat Terra Garden Sdn Bhd, Lot 2772, Bukit Lanjan, 10KM, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur. Telefon: 03-7725 8698, Fax: 03-7726 3648 Laman web : http://www.terragarden.com.my

Kolum ini dikendalikan Pengarah Urusan Terra Garden Sdn Bhd, Desmond Ho yang akan turut memberi tip serta maklumat mengenai taman.

Surat atau e-mel yang terpilih akan disiarkan dalam ruangan ini dan berpeluang menerima jemputan misteri dari Terra Garden.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: