Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Isu PTPTN

Posted by anakkawi on December 27, 2007

Aku suka sangat bace ruangan surat-suratan dalam akhbar. Kadang2 slalu gak member aku anto surat, saje nk buat isu. Tapi slalu gak org anto surat aduan. Nak mengadu tp xtau tempat nk buat aduan. Salah satunye isu PTPTN nih la. Aku dulu pon seorang peminjam PTPTN gak, tp kecoh minah nih. Kos pentadbiran tu pon nk kecoh. Dah memang dia kira mcm tu. Tu la, masa terima duit dulu xpenah nk pk. Ko yang silap kira. Salahkan PTPTN tu lak. Dia kira RM3,821.38 bagi tempoh pembayaran balik selama 120 bulan. [Aku tau la sbb aku pon dapat surat tu] Maknanya klo ko ikut jadual bayar balik dia tu, baru la kos pentadbiran cuma RM3,821.38. Klo ko xikut, maka secara automatiknya kos dia akan bertambah. Itu pon kira bernasib baik la sbb ko pinjam xsampai RM 20,000. Member2 aku suma dpt pinjaman dlm RM 32,000. Tak kira dia punya kos pentadbiran RM 10,000 [klo ikut jadual pembayaran tu la] tu lagi.

Tapi mcmna pon, patutnye kos pentadbiran PTPTN tu dikurangkan kepada 1% jek [kadar sekarang 3%, kadar senior2 aku dulu 4%]. Budak ni pinjam duit untuk belajar, bukannya untuk berpoya2. Percaya sgt la isu yg paper KOSMO asek buat dulu tu. Dulu Harian Metro pon penah main isu nih. Tapi masa zaman aku budak MPP bagus, diorg pegi lawan balik. Tunjuk hakikat kehidupan budak2 kampus kt kota Kolumpo nih. Diorang ingat klo bg RM 3 ribu untuk 1 sem tu ada duit lebey nak berpoya2 ka. Bayo yuran je da dekat RM2 ribu [Untuk student UM la, kolej dia mahal gile. Klo student UPM lak, isu cafe mahal. Hahaha....] Zaman sekarang nih MPP suma [kebanyakannye r] geng2 aspirasi. Aspirasi tu pulak dari puak2 yg sokong HEP. Maknanya sapa yg lawan pihak pentadbiran, bukan aspirasi. Tak kesah la sapa2 pon. Ko pakai baju lambang dacing tapi lawan pihak pentadbiran, ko dikira pembangkang gak.

Tapi aku nih malas nk amik pusing isu aspirasi-pembangkang nih. Politik kampus je pon. Cuma sapa2 yg jadik MPP tu pegi r lawan PTPTN tu balik. Suh dia turunkan lagi kos pentadbiran dari 3% jadi 1%. Klo dapat 2% pon bagus. Sekurang2nye xde la bayo sebulan RM50, semata2 bayar kos pentadbiran jek [mcm member2 aku yang dapat loan RM32,000 tu]. Hahahah...

Kos pentadbiran PTPTN mengelirukan

SAYA adalah pemegang ijazah yang menanggung pembelajaran menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Saya bergraduan pada Julai tahun lalu.


Surat pembayaran balik yang dihantar oleh PTPTN mengelirukan saya terutama bagi kos pentadbiran yang dikenakan. Surat bayaran balik PTPTN yang bertarikh 15 Januari lalu menyatakan bahawa jumlah pinjaman saya sebanyak RM19,500, kos pentadbiran RM3,821.38 dan jumlah yang perlu dibayar balik adalah RM23,321.38.

Dalam surat berkenaan disertakan jadual pembayaran selama 120 bulan iaitu bermula dari Disember 2006 hingga November 2016. Jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar bermula dari RM70.40 hinggalah kepada RM259.69.

Bagaimanapun, baru-baru ini dalam surat bertarikh 29 November, PTPTN menyatakan kos pentadbiran yang dikenakan adalah sebanyak RM48.75 sebulan yang dikenakan setiap bulan mulai Disember 2006. Ini bermakna setiap bulan jumlah ini akan bertambah daripada RM19,500 kepada RM19,548.75 pada Disember 2006, RM19,597.50 pada Januari 2007. Apabila dilihat semula, kos pentadbiran yang dikenakan semakin bertambah iaitu daripada RM3,821.38 bagi tempoh 120 bulan kepada RM5,850.

Bagi saya jumlah ini amat membebankan kerana selepas bergraduan, saya hanya bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan RM600 sebulan. Jadi saya hanya mampu membayar sebanyak RM100 sebulan.

Apabila ditolak dengan kos pentadbiran yang dikenakan, seolah-olah saya hanya membayar RM51.25. Jumlah kos pentadbiran adalah seperti sama banyak dengan bayaran bagi melunaskan hutang saya.


LATIFAH ABDULLAH,

Permatang Rawa, Bukit Mertajam.

Diperoleh dari Berita Harian Online.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: