Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Lagi pasal PTPTN

Posted by anakkawi on December 28, 2007

Bukan pasal halal ke haram, tapi caj 3% tu mahal gile… klo sebulan RM30 [amik kadar paling rendah, pinjaman dalam RM12,000, setahun da RM360, klo 5 tahun? 10 tahun? Tu belum kira budak2 yang pinjam dalam RM30,000. Pastu yang meminjam tu bukan stakat 100 atau 200 orang, setahun tu beribu2 yang pinjam. Fuh, mmg gile r diorg neh…

Diperoleh dari Berita Harian Online.

Caj dikenakan PTPTN patuhi hukum syarak

KUALA LUMPUR: Caj perkhidmatan sebanyak tiga peratus dikenakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah mengikut hukum syarak dan tidak perlu ditukar kepada sistem lain, kata Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut

Beliau berkata, caj pentadbiran sebanyak tiga peratus dikenakan kepada peminjam tidak bertentangan dengan hukum syarak berdasarkan beberapa aspek antaranya kadar yang ditetapkan itu tidak terlalu tinggi.

“Kadar tiga peratus boleh dikatakan agak rendah berbanding syarikat yang memberikan perkhidmatan sama, iaitu ada yang mengenakan caj pentadbiran tidak setimpal dan menyusahkan peminjam.

“Selain itu, faktor lain seperti sesuai dengan jumlah pinjaman, tidak berniat mengaut keuntungan atau demi kepentingan kepada pihak lain dan nilainya tetap menjadikan ia harus dikenakan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan orang ramai yang mahu caj tiga peratus yang dikenakan kepada pelajar ditukar kepada kaedah lebih mematuhi syarak dan menukar sistem pinjaman riba kepada yang berlandaskan syariat.

Mengulas langkah PTPTN merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi memastikan caj perkhidmatan dikenakan tidak bertentangan dengan hukum syarak, Nooh menganggapnya sebagai tindakan tepat walaupun sudah terbukti caj perkhidmatan mereka mengikuti hukum syarak.

“Langkah berjumpa dengan pihak bertanggungjawab akan memberi keyakinan kepada orang ramai untuk menerima pinjaman kewangan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

“Selain itu, pengesahan status caj pentadbiran bagi memastikan ia selaras dengan hukum syarak juga akan mengelakkan dakwaan tidak berasas atau fitnah dilemparkan tanpa merujuk kepada pihak lebih mengetahui dapat dihentikan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: