Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

PENGARUH NASIONALISME DALAM PEMIKIRAN

Posted by anakkawi on December 28, 2007

2005-00214

Nih antara abtrak tesis yang menarik minat aku semasa sedang membuat editing. Jangan ditanya kenapa kajian dia nih hanya di Bandar Kota Bharu, dah nama pon thesis. Tapi aku xpuas hati sbb abstrak dia macam tergantung.   Isi dan gaya bahasa dah ok. Tapi penutup dia tergantung. Terok la dia nih. Huhu…

 

PENGARUH NASIONALISME DALAM PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU KELANTAN SUATU KAJIAN DI BANDAR KOTA BHARU

OLEH: HYDZELAN BIN HAJI HASHIM

 

Tesis ini merupakan suatu kajian dalam bidang akidah dan pemikiran Islam yang difokuskan kepada salah satu aspek ideologi, nasionalisme. Pengaruh nasionalisme merupakan suatu topik yang amat luas untuk dibincangkan. Justeru, penulis telah memilih bandar Kota Bharu sebagai skop lokasi kajian dalam proses menyiapkannya. Ia membincangkan tentang defmisi, perbahasan serta pandangan para intelektual Islam dan Barat tentang nasionalisme.

          Dalam huraiannya, penularan dan perkembangan ideologi ini di Eropah dan Timur Tengah turut dinyatakan sebagai suatu penjelasan kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat Melayu di Kota Bharu hari ini. Susulan ini, huraian tersebut akan dinyatakan oleh penulis berasaskan kepada beberapa aspek kehidupan mereka.

Nasionalisme merupakan ideologi yang dikaitkan dengan kedaulatan bangsa dan negara. Ia iuga dianggap oleh sesetengah individu sebagai satu idea politik yang paling berpengaruh. Sehubungan ini, perkembangan parti-parti politik khususnya di Bandar Kota Bharu. perlu dihuraikan sebagai salah satu topik utama.

Namun pada asasnya, perpaduan yang berteraskan ideologi ini amat rapuh jika dibandingkan dengan perpaduan ukhuwah Islamiyyah yang berteraskan akidah dan akhlak.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: