Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Tukar bahan masakan untuk lebih sihat

Posted by anakkawi on December 28, 2007

 Makan Meggi bole jadi sehat ker? Ntah la, klo sehat pon sbb rasa tak sedap. Bila makanan rasa xsedap secara automatiknya kita pon makan sikit. So bila makan sikit, kunci keada kesihatan la tu.

“Makan sikit, sehat banyak.”

Hahaha…

Oleh Nur Farhatul Aishati Azharie

Diperoleh dari Berita Harian Online.

SERING kali kita dengar banyak keburukan makan di luar. Minyak berlebihan, perisa dan perencah yang boleh mendatangkan banyak penyakit serta isu haram atau halal yang sering dipertikaikan. Justeru, ramai berpendapat lebih selamat dan berkhasiat untuk makan makanan yang disediakan sendiri di rumah.

Bermatlamat mempromosikan cara masakan sihat, Maggi menganjurkan sesi memasak dikalangan pihak media dengan menggunakan hanya bahan-bahan yang disyorkan. Hadirin di ajar cara masakan yang lebih sihat dan berkhasiat dengan menukarkan satu atau dua elemen pada bahan masakan. Sebagai contoh, masakan nasi briyani diperbuat menggunakan susu dan yogurt sebagai pengganti santan. Santan tidak disyorkan kerana santan mempunyai banyak lemak.

Penasihat Pemakanan Nestle (Malaysia) Berhad, Tracy Lew, berkata cara kehidupan masyarakat zaman sekarang menjadi salah satu faktor besar ramai jatuh sakit dengan senang. Cara pemakanan individu memainkan peranan yang penting kerana ramai tidak kisah atau menyedari bahawa makanan yang mereka makan menjadi akibat pertama pelbagai jenis penyakit. Nestle menerapkan bahan-bahan berkhasiat di dalam setiap produk seperti Actigen-E pada Milo.

“Bagi memperbaiki dan menghindari dari penyakit, individu harus mengubah cara pemakanan dan gaya hidup, contohnya dengan melebihkan senaman harian,” katanya.

Sementara itu, tukang masak khas produk Maggi, Chef Abdul Muluk Rambli menunjukkan setiap langkah memasak nasi goreng tom yam dan menyediakan salad. Nasi goreng tom yam diperbuat daripada kubis, stok ayam (kalau tiada, gunakan ayam), udang (boleh diganti), bawang, minyak jagung atau minyak buah zaitun dan nasi putih biasa. Tidak ketinggalan ialah sepaket perencah nasi goreng tom yam. Tanpa menambah garam, lada hitam atau sebagainya, ini mempromosikan cara masakan yang sihat. Faktor seperti menggantikan minyak masak biasa dengan minyak jagung atau minyak buah zaitun juga boleh membantu.

Perencah Maggi boleh didapati dalam pelbagai pilihan untuk nasi goreng, lauk dan sebagainya.

“Menggunakan Maggi, anda tidak akan pernah silap. Walau bagaimanapun anda masak, masakan akan masih berasa sedap kerana ia sudah dicuba dan dipercayai membantu mereka yang tidak mahir memasak. Memasak menggunakan produk ini juga boleh menjimatkan banyak masa dan membantu anda menyediakan pelbagai jenis masakan pada satu masa,” katanya.

Hadirin mencuba sendiri masakan yang lebih senang dan juga untuk menggantikan lebih kurang satu daripada bahan yang digunakan dengan yang lebih berkhasiat. Hadirin juga dapat merasakan bahawa penggantian bahan berkenaan tidak membawa apa-apa beza sekalipun kepada masakan malah ia membuatkan hidangan berkenaan lebih sihat untuk dimakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: