Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Ujian HIV bagi wanita hamil

Posted by anakkawi on December 28, 2007

Apakah yang akan berlaku jika ujian HIV tersebut dilaksanakan di negara kita?

Diperoleh dari Berita Harian Online.

TRENTON: Wanita hamil dan bayi mungkin dikenakan ujian HIV berdasarkan undang-undang baru di New Jersey yang disifatkan sebagai usaha negeri di Amerika Syarikat itu untuk memperhebat kempen memerangi jangkitan virus berkenaan kepada budak baru lahir.

Pemangku gabenor, Richard J Codey, menandatangani perundangan berkenaan di Hospital Universiti, Newark, kelmarin.

Undang-undang itu akan berkuatkuasa dalam tempoh enam bulan.

“Kami boleh mengurangkan jumlah jangkitan terhadap bayi dan menghapuskan sangka buruk terhadap mangsa yang dijangkiti. Bagi budak baru lahir, kejayaan mengesan lebih awal jangkitan boleh menyelamatkan mereka,” kata Codey yang memangku jawatan itu kerana gabenor Jon S Corzine sedang bercuti di luar negara.

Codey menaja perundangan itu sebagai Presiden Senat.

Sebuah pertubuhan penyelidikan sukarela yang memberi tumpuan kepada isu jagaan kesihatan di Amerika, Yayasan Kaiser berkata, New Jersey adalah negeri pertama menggerakkan langkah menguji wanita mengandung dan bayi. – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: