Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

hari2 Yg Sibuk~~

Posted by anakkawi on December 29, 2007

Sorry all… minggu nih aku sibuk sket. Biasa la da hujung tahun. nk kene siapkan report la, belanjawan la. Pastu kene kemas kini fail projek la. Pendek kata macam2 kerja ada. Haha…

Ape pon ada masa nanti aku update lg blog nih. Lagipon aku xsempat nak cari artikel2 menarik utk dipaparkan di sini. Aku tau korg suma pon xsempat nak belek2 majalah, akhbar dan macam2 lagi sumber informasi di luar sana. Kadang2 bila kita ada masa, sesuatu artikel yang menarik itu kita rasakan tidak menarik saat kita membaca tajuknya, mungkin kerna kesibukan kita di saat tersebut. Lepas dua tiga hari tengok tajuk tersebut, baru nak tergerak hati untuk membacanya. Saat itu barulah kita sedari artikel tersebut sangat2 menarik dan penuh berinformasi. Kemudian kita berfikir.

“Kenapa baru sekarang aku sedari kewujudan artikel tersebut?”

Itupon bagi yang diberikan rahmat dan hidayah NYA untuk berfikir. Banyakkan lah berdoa moga Tuhan sentiasa melimpahkan rahmatNYA ke atas kita. Suka aku tekankan di sini.

“Kita bukanlah sebaik-baik insan jika kita memang dilahirkan dalam kehidupan yang terbaik. Sebaik-baik insan itu adalah mereka yang dilahirkan dengan penuh kecelakaan, kemudian berusaha untuk meletakkan dirinya dalam kehidupan yang penuh dengan kebaikan.

Mungkin korang pernah dengar, suatu ayat dari Al-Quran yang bermaksud’

“Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik, manakala wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk.”

Jika kita hendak menjadi sebaik-baik manusia, maka berusahalah untuk meletakkan diri kita di tempat yang terbaik. Kita bukanlah terbaik jika kita memang mempunyai akhlak semulia para sahabat Baginda S.A.W., namun kita adalah yang terbaik bila kita berusaha untuk menjadi seperti mereka.

Kerna bila kita berada dalam kedudukan yang baik. Belum tentu lagi kita akan sentiasaberada dalam kebaikan. [Orang yang baik sifatnya kadang2 boleh menjadi sekejam makhluk kan]

Namun bila kita sentiasa berusaha untuk mencapai kepada kebaikan itu, tentulah kita sentiasa memperbaiki diri kita untuk menjadi yang terbaik kan.🙂

Renung2kan~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: