Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Lagi2 pasal PTPTN

Posted by anakkawi on December 31, 2007

Huh, Semalam mak aku tepon. Cakap PTPTN still mintak hutang. Padahal aku dah abes bayor dan dah dapat pon surat pelepasan pada bulan 9 aritu. Pelik btol la PTPTN nih. DIorg xreti update sistem ka? Menyusahkan btol, ces5x….

Dari Berita Harian Online.

Kos khidmat PTPTN mesti terperinci

SAYA ingin mengulas pendapat Mohd Firdaus Mohamed Khairi, Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia berhubung dengan kadar tiga peratus yang dikenakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai kos perkhidmatan di samping bayaran balik pinjaman.

Adalah tidak perlu bagi Datuk Razali Ismail, Pengerusi PTPTN merujuk semula masalah fatwa isu PTPTN kepada Majlis Fatwa Kebangsaan kerana majlis berkenaan sudah pun mengeluarkan fatwanya berhubung isu ini lima tahun lalu.

Penulis merujuk kepada Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac 2002 hasil daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-51. Keputusannya mengikut kaedah Syariah, PTPTN boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan yang sebenar ke atas pinjaman yang diberikan kepada pelajar.

Justeru, tidak menjadi masalah sekiranya PTPTN mengenakan kos perkhidmatan terhadap pinjaman yang dikeluarkan. Namun, seperti yang dinyatakan dalam keputusan fatwa di atas, kos itu perlu mengikut perkiraan sebenar ke atas pinjaman yang diberikan kepada pelajar, bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan hari ini.

Perkara dipersoalkan oleh peminjam adalah ketelusan perkiraan sebenar kos perkhidmatan PTPTN memandangkan kos perkhidmatan PTPTN tidak dinyatakan secara terperinci.

Adalah penting PTPTN menggariskan satu persatu kos perkhidmatan terbabit dengan terperinci. Ini perlu untuk meyakinkan peminjam kadar tiga peratus yang dikenakan terhadap pinjaman adalah kos perkhidmatan sebenar dan bukannya riba.

Sebagai contoh, kos dokumentasi, kos peguam dan lain-lain perlu dinyatakan dengan jelas. Saya memetik ulasan berhubung isu ini daripada penulisan Dr Asyraf Wajdi Dasuki, pensyarah Kuliyyah Ekonomi Sains Pentadbiran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini bahawa sebarang caj yang dikenakan mesti berasaskan kos pengurusan sebenar dan bukannya sekadar meletakkan peratusan daripada jumlah pinjaman.

Inilah yang dikatakan riba kerana manfaat diperoleh daripada nilai hutang yang diberikan dan bukannya berasaskan kos pengurusan sebenar.

Malah, resolusi Majlis Syariah AAOIFI dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah Persidangan Pertubuhan Negara Islam (OIC) juga jelas menyatakan bahawa caj bagi perkhidmatan hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal saja manakala, caj yang dikenakan melebihi kos sebenar adalah haram.

Tidak dinafikan, sebagai peminjam, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk melunaskan hutang pinjaman berkenaan. Namun, biarlah pinjaman yang dibuat tidak dikotori dengan amalan riba yang akhirnya menyebabkan kedua-kedua peminjam dan pemiutang menanggung dosa.

AZRUL JAINI,
Naib Yang Dipertua, Persatuan
Kebajikan Pelajar Islam
Sarawak (Perkepis).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: