Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

BerDiet? Kurang makan? Belum tentu sihat tau.

Posted by anakkawi on January 1, 2008

27 Disember, 2007 10:01 AM

Mengurangkan Makanan Bukan Cara Cegah Penyakit

Oleh Dr. V. M Palaniappan, Ph. D

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Kita telah perhatikan sebelum ini bahawa mereka yang terlalu banyak makan dan kurang kencing lazimnya menghadapi masalah obesiti, selain masalah kesihatan serius seperti diabetes, masalah jantung, ketumbuhan dan barah. Sementara, mereka yang kurang makan dan kurang kencing nampaknya bebas daripada kebanyakan penyakit ini kecuali masalah buah pinggang.

Buah pinggang berfungsi secara optimum apabila terdapat air yang banyak untuk membuang bahan buangan toksik dan apabila seseorang itu tidak minum air yang cukup komponen-komponen buah pinggang mengalami kerosakan dalam jangka panjang, menyebabkan apa yang dikenali sebagai nekrosis dan sebagainya.

Konsep baru ini dalam menjelaskan penyakit menimbulkan satu persoalan penting. Buat masa ini, setiap orang nampaknya mahu mengurangkan pengambilan makanan, atau membuang kalori menerusi senaman fizikal. Bagaimanapun, penemuan baru menunjukkan pendekatan ini tidak begitu berkesan.

Pengurangan dalam pengambilan makanan, tanpa meningkatkan isipadu air yang diminum dan kencing atau bersenam untuk membakar kalori berlebihan akibat makan berlebihan, bukan sahaja tidak membantu dalam menjaga kesihatan yang baik tetapi menyebabkan kesan buruk, seperti kegagalan buah pinggang dan bau badan, seperti yang ditunjukkan sebelum ini.

MENGEKALKAN PARAS OPTIMUM BENDALIR DALAM TUBUH

Pendekatan yang tepat bagi pengurusan kesihatan yang baik, tanpa sebarang bentuk penyakit, nampaknya bergantung kepada kuantiti air optimum yang perlu diminum (lebih kurang 2 liter setiap hari), dan mengeluarkan hampir kesemuanya menerusi kencing, selain mengelakkan daripada memakan makanan yang kaya dengan kalsium dan pendedahan berlebihan kepada sinaran matahari.

Penglihatan kabur, kehilangan pendengaran, keguguran rambut yang menyebabkan kepala botak, otot kejang, rasa malas, lesu, kulit menebal, dan sebagainya mewakili kecacatan sementara atau kekal pada tubuh.

Kebanyakan daripada masalah ini nampaknya menghalang aliran limfa. Mengurut tubuh dengan tangan dan tuala, berlatih bernafas, dan sebagainya dapat membantu dalam memulihkan atau mencegah masalah ini. Saya telah menjelaskan semua ini dalam buku saya mengenai obesiti.

Kejadian tompok-tompok hitam pada lidah, jari keenam, bibir pecah, perubahan dalam morfologi kandungan darah, dan sebagainya mewakili kecacatan. Semuanya kerana kesan bahan toksik yang telah memasuki tubuh, sama ada dengan sengaja atau tak sengaja.

Sisa racun serangga pada sayur-sayuran dan buah-buahan, racun serangga, pengawet makanan, makanan kesihatan yang diperbuat daripada kimia sintetik, beberapa daripada ubat-ubatan yang diambil untuk melegakan tubuh daripada rasa sakit, ubat untuk menggugurkan kandungan dalam rahim, minuman beralkohol beracun, mewakili bahan toksik seperti itu. Ada kalanya, bahan-bahan ini menyebabkan kehilangan penglihatan sepenuhnya, kehilangan pendengaran dan juga maut.

Beberapa daripada masalah ini, seperti tompok-tompok hitam pada lidah, boleh diterbalikkan. Usaha menyembuh penyakit-penyakit ini bertumpu pada proses detoksifikasi tertentu yang termasuk banyak kencing selepas meminum air suling atau air hujan bagi tempoh hampir sebulan, membersihkan saluran penghadaman menggunakan julap herba, dan sepertinya.

Gangguan fungsi tubuh yang disebabkan oleh bisa yang disuntik oleh organisme secara tidak sengaja, selain kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan, menimbulkan kategori penyakit yang lain sama sekali. Mengambil langkah berjaga-jaga akan membantu mencegah penyakit-penyakit ini. Kaedah-kaedah yang ditemui dalam perubatan moden, dan beberapa sistem perubatan tradisional nampaknya mengandungi prosedur lengkap bagi mengatasi masalah ini.

Sistem Sembuh Ekologi yang dibincangkan dalam bab berikut direkabentuk untuk membantu seseorang menjalani kehidupan bebas daripada penyakit, bagi tempoh yang lama.

Kaedah-kaedah ini serta maklumat rawatan lain terkandung dalam tiga buah buku iaitu “Asthma, Bronchitis, Cough, Sneezing and Sweating”; “Obesity: Causes, Cure and Prevention” dan “Human Diseases” yang ditulis oleh Dr. V.M. Palaniappan. Dr. Palani boleh dihubungi di (6-03) 62722284 / (6) 012-207 14 14 / e-mel: vmpalani@streamyx.com.

BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: